Kisah Hari Ini
Bismillah...
Hari ini, aku dengar KL banjir lagi. Terburuk sejak 4 tahun lalu (2003). Semasa mendengar berita tersebut, kepala aku memikirkan tentang terowong smart yang dibina kononnya untuk menampung limpahan air semasa hujan lebat. Harap-harap terowong itu berfungsi seperti yang diwar-warkan. Dan juga, harap-harap kadar tol yang akan diumumkan tidak lama lagi, berpatutan. Sewajarnya, tol hanya perlu dikutip selepas fungsi 'menampung air hujan' itu siap sepenuhnya. Orang pun nak tengok juga, bagaimana hebatnya terowong yang canggih manggih tu..
Dan seperti biasalah, bila berlakunya keadaan seperti ini, pelbagai pihak saling tuding menuding. Lepas tu, tubuh jawatankuasa bertindak, buat kajian itu ini dan macam-macam lagi.
Akibatnya, rakyat juga yang menanggung beban.
.....................................................................................................................................
Aku dah jumpa pen drive aku. Kat kilang rupanya. Alhamdulillah.. selamat data-data aku.
6 Comments:
huh.. aku la salah sorg mangsa.. bukan mangsa banjir.. tp mangsa yg tpaksa meredah lecak, tpaksa meniti jln penuh lumpur.. ee.. mcm coklat masakan tumpah atas jln je rupanya. abes kasut keje aku.. huh! apapun Alhamdulillah.. yg pntg sampai gak kat opis on time
alhamdulillah, jumpa jua akhirnya pen drive ezad..:)
jumpa jugak akhirnyer ....
Alhamdulillah, mujur jumpa semula.. kalo ngadu ngan kawan pen drive ilang, kawan suruh buat loket aje, tak pun subang..
s*h*i*m*a*h*z
bersyukurlah.. tatkala org lain keretanya dimasuki lumpur, motosikal dihanyutkan air, anda sekadar meredah lecah...
skidg8
ye la. selamat semua data2 tu. kalau tak.. nangisss.. mana nak cekau lagi tu :)
pb
ye.. akhirnya :)
purpleheart
kenapa pen drive tak der cam gelang kristal tu? hehehe
Ezad,
nanti saya suruh pemintal gelang kristal buatkan model baru iaitu rantai gelang berloketkan pen drive. Bagus juga ide tu..
Post a Comment
<< Home