Saturday, June 23, 2007

Bicara Tentang Tekun

Bismillah...

Yayasan Tekun Nasional (Tekun) ditubuhkan bagi membantu usahawan kecil mendapatkan pembiayaan bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka.

Antara pakej yang ditawarkan adalah:-
  • Tekun Tani
  • Tekun Jangka Pendek
  • Tekun Niaga
  • Tekun Rakan Niaga
  • Tekun Perlancongan
  • Tekun Ternak
  • Tekun Tunas

Syarat yang dikenakan untuk mendapatkan pinjaman Tekun adalah seperti berikut:-

  • Bumiputera dan berumur 18-60 tahun.
  • Mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah.
  • Mempunyai tempat perniagaan yang khusus.
  • Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan.
  • Tidak mempunyai rekod pembiayaan yang tidak baik denganmana-mana Institusi Kewangan atau Agensi Kerajaan.
  • Pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi RM5,000.
  • Telah berniaga sekurang-kurangnya 6 bulan.
  • Satu pembiayaan untuk satu isi rumah.
  • Pemaustatin tempatan sama ada pemohon/pasangan yang tinggal di kawasan operasi sekurang-kurangnya 3 tahun.

Pinjaman yang boleh dibuat sehingga RM30,000.00.


......................


Menarik? Anda ingin jadi usahawan tapi kekurangan modal? Bercadang untuk mendapatkan pinjaman Tekun ini? Rasanya, anda perlu fikir dua kali untuk menghantar borang anda.


Sebab

Aku bercadang untuk mendapatkan pinjaman ini, dan telah pun menghantar borang permohonan aku. Pinjaman yang ingin aku buat adalah sebanyak RM20,000.00. Ketika berbincang dengan pegawai meraka, mereka menyatakan jumlah ini mudah diperolehi dan besar kemungkinan pihak ibu pejabat akan meluluskannya.

Benar, mereka meluluskan permohonan aku. Tapi bukan RM20,000.00. Tapi RM3,000.00 sahaja. Ketika dihubungi tentang perkara tersebut aku tergelak besar dan menyatakan jika pegawai berkenaan perlukan RM3,000.00, aku boleh bagi pinjam kepadanya, tanpa isi borang pun. Aku menolak tawaran tersebut kerana dengan jumlah sebanyak itu, aku tak mampu untuk pusing modal pun. Setakat RM3,000.00, dalam bank aku pun ada lebih..

Semasa menghadiri kursus keusahawanan, salah seorang penceramah mengingatkan kepada badan-badan yang memberi pembiayaan supaya memegang prinsip, "beri semua atau jangan beri langsung". Dan kepada pemohon pinjaman, beliau menasihatkan, "ambil semua, atau jangan ambil langsung". Ini kerana, pemohon telah membuat rancangan perniagaan dan jumlah yang dipohon itulah yang sebenarnya sangat-sangat diperlukan dalam perniagaan mereka. Jika jumlah yang diterima kurang, berkemungkinan mereka tidak mampu untuk memusingkan modal tersebut dan akhirnya tidak mampu membayar balik pinjaman. Akibatnya, senaraihitam lah.

Ada sesiapa yang pernah buat pinjaman Tekun?

............

Ketika bersembang dengan seorang client tadi, dia tanya umur aku. Aku kata 31. Dia kata, aku nampak muda.. hehehehehehe..(aku sengih sampai di saat ini)

11 Comments:

Blogger kakLuna said...

gitulah realiti sesuatu yang bernama TEKUN ni yek...

9:14 PM  
Anonymous Anonymous said...

ye kau memang nampak awet muda

10:56 AM  
Blogger Purpleheart said...

Kalau nak mintak bantuan khusus untuk Bumiputera n Melayu ni memang payah. Bubuhla nama Yayasan Tekun ke, Yayasan Patuh ke atau Yayasan Teliti ke, hasilnya memang sama.

Pasal muda ni, orang kata la (orang kata tau) sapa yang lahir bulan September ni nampak muda dan manis aje, sebab bila tiba bulan September, orang akan kata Sweet September. Ya ke? Betul ke?

4:20 PM  
Blogger Ezad said...

kakluna
nampak gayanya, gitu la. nak try tpt lain juga. nantikan hasilnya. akan diceritakan diblog ini nanti. dengar dari mulut org tak caya, meh buat sendiri.. hehe

babe
err.. mana ko nampak? hehe

purpleheart
sepatutnya tak susah. telah diwar-warkan, banyak tabung untuk menjayakan 'keusahawanan kerjaya pilihan'.

tang muda tu.. hehehe.. ye ke? sapa yg kata? ehehe

10:36 PM  
Blogger Arena said...

Lah 3k jek ker.. savings ko gamaknya lagi banyak dari tu.. takpe cuba lagi okay.. all the best for your bisnes..

12:18 PM  
Blogger Ezad said...

arena
tu je la yg aku dpt. tapi aku tak ambik pun. sudahnya, kena kuar duit sendiri gak nak bayarnya. baik pakai duit sendiri terus. tak der interest

10:24 PM  
Anonymous Anonymous said...

urmmm....
sebagai seorang staff YTN (Tekun) rasanya mcm terpanggil nak menjawab persoalan en ezad ni...
1st... nak tahu gak, apa business en ezad.
2nd... keperluan sebenar pinjaman tuh tuk apa?
kadang2 menda camni pun menyebabkn pinjaman tu kena cantas. ada gak kes yang tak ada sebab kena cantas, habis kena cantas gak. kita hanya manusia... penilaian berbeza2

3rd... berapa lama en ezad memohon? dr tarikh siasatan hingga dpt cek.

purpleheart: sbenarnya tak susah mana. di bawah saya ada hampir 400 org peminjam... ada la satu dua kes yg terpinggir... tu yg jadik cam susah.

staff underground YTN

9:46 AM  
Blogger Ezad said...

encik staff YTN

1 & 2. Bisnes borong produk runcit. Sebagai pemborong, dah tentulah memerlukan modal yang besar. 20k tu utk beli stok dan peralatan kedai. Tidak termasuk kos pengubahsuaian. kos ubah suai, saya guna wang sendiri
3. Saya hantar borang awal bulan April. Seperti yang dijanjikan, bulan Jun dpt result. Tapi tak dpt cek pun. Reject awal sebelum sempat tengok cek.
Tekun tidak memerlukan dokumen rancangan perniagaan bukan? tapi saya sediakannya kerana saya pernah gi kursus menyediakan RP.
Memang semasa hantar borang, saya belum dapat kedai. Tetapi telah memaklumkan kepada pegawai berkenaan yang saya telah memohon utk dptkan kedai. pegawai tu kata, hantar borang dulu. tak der kedai tak pe.
Dah ada kedai.. loan takat 3k. 3k, dlm bank pun ada..... tak pe la, tak der rezeki.
saya tengah print RP, nak bawa ke Mara pulak.
Nak tengok apa tindakan mara pula sebelum keluar semua wang sendiri.

9:50 PM  
Anonymous Anonymous said...

en ezad, (btw saya puan)

antara sebab lain YTN cantas adalah kemampuan bayar balik peminjam. cthnya ada tak penilai tanya en ezad mampu bayar baper tuk sebulan or seminggu? klu en ezad kata let say RM400, tu hanya layak tuk rm10,000 shj. klu bwh RM200, tu yg dia bagi RM3,000 shj.
lagi satu, salah masa penilai tu ckp tak perlu ada kedai, sebab antara syaratnya mesti ada premis, dan sudah beroperasi sepenuhnya.
well, tu antara lain2 sebab la...
RP mmg tak diperlukan, kadang2 buat penilai rasa takut laks tgk angka2 yg meriah dlm RP tuh. and mesti diingat, bukan semua penilai tuh niatnya nak menolong....
:(

staff underground YTN

10:09 AM  
Blogger Ezad said...

Puan Staff YTN
Keupayaan bayar balik telah diambil kira. Saya boleh mohon 30K terus, tapi, saya tak mampu bayar balik kalau pinjam RM30k. Tapi rm20K boleh la bayar. Easy money per month yg boleh kami dpt adalah 2-3k sebulan. Semasa memohon, saya anggarkan sewa kedai adalah sebanyak rm800.00. tapi saya boleh dpt kedai yang sewanya rm400.00. Pegawai tu kata, tak de kedai tak pe. Janji dah berniaga. So, mcm mana kakitangan kerajaan menyalurkan maklumat?
Saya banyak cari maklumat tentang keusahawanan ni. Call pejabat mara negeri, kata begini, call pejabat HQ begitu pula.. Pergi seminar, lain pula cerita...
aduhai kerajaaanku...
Tak pe lah.. tak kisah la tu. bak kata serangkap iklan petronas...
berjalan mesti kedepan, bukan kebelakang.. :)

*keusahawanan kerjaya pilihan?*

9:15 PM  
Anonymous LadyIka said...

thanks for sharing...really informative

6:10 PM  

Post a Comment

<< Home