Friday, July 06, 2007

Bahana 'Seksi'

Petikan akhbar Harian Metro
IPOH: Seorang penyanyi wanita kelab malam mempertikaikan tindakan Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) menahannya kerana dikatakan berpakaian seksi dan menjolok mata di kelab itu di Sunway City, Tambun di sini, malam Selasa lalu. Penyanyi wanita itu, Siti Noor Idayu Abd Moin, 24, berkata insiden itu berlaku ketika dia mengadakan persembahan di Rum Jungle Club apabila sekumpulan anggota Jaip memasuki kelab terbabit dan menahannya kerana berpakaian mendedahkan aurat. Menurutnya, dia tidak merasa pakaian yang dipakainya iaitu berbaju tanpa lengan serta bahagian belakang separuh terdedah sebagai seksi atau menjolok mata kerana ia bersesuaian dengan dirinya sebagai penyanyi kelab malam. Katanya, berpakaian sebegitu juga sesuai dengan keadaan dan suasana di situ
“Saya terkejut apabila dikatakan pakaian yang saya pakai seksi dan menjolok mata. “Saya hanya berpakaian mengikut keadaan dan bersesuaian sebagai penyanyi kelab malam,” katanya di sini, semalam. Siti Noor Idayu berkata, dia sudah menyanyi di kelab itu sejak tiga tahun lalu dan sebelum ini dia tidak menghadapi sebarang masalah sebegitu. Katanya, dia juga terkejut apabila anggota Jaip yang menjalankan siasatan merakamkan gambarnya dengan begitu banyak. Katanya, selepas operasi itu dia terus dibawa ke pejabat Jaip untuk soal siasat.
“Apabila saya tanya apa kesalahan saya, pegawai itu menjawab pakaian saya mendedahkan aurat serta seksi dan mengenai rakaman gambar, saya dimaklumkan ia adalah satu prosedur dalam siasatan,” katanya. Siti Noor Idayu dibawa ke pejabat Jaip bersama empat lagi anggota kumpulan muzik kelab itu bagi membantu siasatan. Berhubung kesalahan itu, Siti Noor Idayu dikenakan jaminan bon RM1,000 dengan seorang penjamin dan akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Perak, Ipoh, 6 Ogos depan. Siti Noor Idayu berkata, dia akan hadir ke mahkamah bagi perbicaraan itu. Menurutnya, dia bersedia menghadapi dakwaan yang dikenakan ke atas dirinya. Sementara itu, Pengurusnya, K Selvaraj berkata, dia akan mendapatkan khidmat peguam bagi mempertahankan hak Siti Noor Idayu dan juga reputasi kumpulan muzik berkenaan. Katanya, tindakan itu bagi memastikan kerjaya seni Siti Noor Idayu dan kumpulan muzik itu tidak terjejas. “Mereka hanya menyanyi di kelab untuk menyara hidup dan keluarga. Tidak semua berkaitan diri mereka negatif,” katanya.
........................
Satu lagi ciri-ciri umat Melayu (Islam) yang tolol dengan pegangan agamanya.

9 Comments:

Blogger Arena said...

Ezad,

aku tak suka gile dengan orang yang macam ni. Yang tak faham agama, dan mati2 kata dia tak buat salah dan carik rezeki halal.. toloooongggglah..

6:22 PM  
Blogger Ezad said...

arena
aku pun tak suka gak. orang mcm ni la yang menyebabkan islam tu diperlekeh.

7:14 AM  
Blogger Purpleheart said...

Susah nak cakap dengan orang yang berfahaman sebegini. Bila diberitahu hal aurat, dijawabnya kena ikut suasana dan keadaan. Ada pulak yang beritahu dia orang lebih baik dari yang tutup aurat. Yang tutup aurat pun belum tentu baik. Kalau macam tu punya fahaman, sampai bila-bila lah perempuan tu tak tutup aurat. Sebab tak perfect lagi. Nauzubillahi min zalik.. Semoga Allah bukakanlah hati mereka.

6:11 PM  
Blogger Ezad said...

purpleheart
ingat lagi tak, seorang pelakon kata dia jadi kafir masa berlakon je. Tapi sebenarnya dia muslim..

10:51 PM  
Blogger chivv said...

jgn isau...tak sumer non muslim berfikir neg ttg org muslim. sbb yg bt dia jd mcm tu bkn kerana salah agamanya tp dia sdr... tp, tu la...mana2 p pun org akn cop agama dulu, which is to me...tak berapa elok. sbb, sure2 la agama tu tak ajar dia bt mcm tu... tp (tp lagi...), tp tatau nak ckp apa lagi... ^_^

9:47 PM  
Blogger Ezad said...

chivil devil
diri sendiri, jagalah agamamu.

11:08 PM  
Blogger shahrud said...

maybe dia lupa dia seorang islam. ape pun marile kta ingatkan dia bahawa nyawa kita tak panjang

1:22 PM  
Blogger shahrud said...

aku harap tidak bertemu jodoh perempuan yang macam 2

1:23 PM  
Blogger meow2 said...

2 r..mengong tp ngaku tak mengong..
peh..la ni..
critic hukum tuhan ske ati belatuk dme je..hm..
wahai Tuhan..lindungi kami..

11:34 AM  

Post a Comment

<< Home