Sunday, September 27, 2009

Ops Sikap - Di Mana Silapnya?

Bismillah...

Dengan 238 kematian setakat ini, apa yang harus kita lakukan lagi?

- tambah peraturan baru?
- tambah alatan keselamatan pada kenderaan?
- perketat syarat-syarat pemilikan lesen memandu?
- tambah sekatan jalan raya?
- tambah anggota trafik?
- tambah cctv di tepi jalanraya?
- kempen itu, kempen ini?
- perbaiki/naik taraf jalan raya?

Cukup ke?

Pada aku, walauapapun yang dilakukan oleh pihak berkuasa, pokok pangkalnya bergantung kepada pemandu itu sendiri. Bak kata Ketua Polis Negara, kalau dihukum bunuh pun, pemandu di Malaysia ni tak kisah - Biar mati di jalan raya, jangan mati di tali gantung.

Apakah kita hanya perlu mengira setiap saman, kemalangan dan kematian pada setiap musim perayaan? Setakat kira, masuk tv dan keluar surat khabar akan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya?

Mungkin tidak - Sebab rakyat Malaysia merupakan orang yang terpelajar. Mana mungkin akan terpengaruh dengan angka-angka dan visual-visual bodoh itu..

Aku bersetuju di atas saranan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri agar lesen memandu pesalah trafik digantung, bahkan aku pernah mengesyorkan cadangan itu dalam blog ini sedikit masa dulu. Sememangnya pesalah trafik tidak layak memandu di jalan raya. Jalan raya hanya boleh digunakan oleh pemandu-pemandu yang berdisiplin, yang mematuhi peraturan jalan raya.

Tak perlu hukum bunuh - Berapa ramai pengedar dadah ke tali gantung, tapi masih ada lagi yang mengedar dadah?

Apa yang perlu dilakukan - Gantung lesen! Gantung lesen! Gantung lesen!

Dan, apabila buat sekatan jalan raya, bukan hanya lihat samada pemandu itu menggunakan tali pinggang keledar ataupun tidak, sebaliknya periksa juga lesennya.

Hukum seberat-beratnya kepada pemandu yang tidak memiliki lesen memandu.

Tak perlu peraturan baru, dan tak perlu Ops Sikap XIV di musim perayaan akan datang. Tak ada maknanya pun....

Laksanakan segala peraturan dan akta yang telah diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong. Bukan setakat buat akata ini, peraturan itu, tapi kemalangan maut terus meningkat.

Oh! satu lagi...

Mercun dan meriam buluh itu haram bukan? Tapi kenapa masih berdentam berdentum?

Nak mendidik rakyat, seharusnya ketika dia masih kecil. Kalau kanak-kanak dibiarkan terus melanggar peraturan, di masa akan datang, Malaysia tak perlukan peraturan. Semua rakyatnya akan buta kepada peraturan dan undang-undang.

Betul la kata seorang rakan warga asing..

Malaysia no rules. I tak takut buat salah. Polis tahan, bagi 20 ringgit, lepas la...

2 Comments:

Anonymous kuina said...

byk sbb berlakunya kemalangan tp undang2 dan denda tak akan berkesan klu sikap tak berubah.

2:38 PM  
Blogger Ezad said...

kuina
betull betul.. betul...

10:44 PM  

Post a Comment

<< Home