Tuesday, October 06, 2009

Oktober - Bulan Bahasa Kebangsaan

Bismillah..

Kerajaan telah mengisytiharkan bulan Oktober sebagai bulan Bahasa Kebangsaan. Tujuan utamanya adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bahasa kebangsaan sebagai wacana perpaduan serta bahasa komunikasi.

Kegiatan dan aktiviti berkaitan bahasa sudah pasti mewarnai sepanjang Oktober ini bagi memeriah dan menjayakan kempen ini.

Aku percaya, ramai di kalangan warga Malaysia tidak menyedari hal ini. Mungkin sebab bulan Bahasa Kebangsaan ini tidak menepati kehendak dan citarasa warga Malaysia.

Jadi, kepada penyokong-penyokong Hapuskan PPMSI, anda tahu tentang kempen ini? Apa program-program yang akan dilakukan sepanjang bulan ini?

Takkan menyalak di tepi jalan sahaja untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan....

Oh!! Bila pula bulan Membaca Kebangsaan?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home