Monday, September 13, 2010

Penyumbang Statistik Dalam Ops Sikap

Bismillah..

Hari ni, aku mengalami kemalangan ketika mahu pulang. Belakang kereta ku telah disondol oleh sebuah kereta, yang mana kereta itu telah terlebih dahulu disondol oleh sebuah kereta lain.

3 biji sekali gus. Disebabkan pemilik kereta tengah tidak berpuas hati terhadap kereta yang melanggar belakangnya, maka kami bertiga membuat laporan polis.

Bila melihat kepada laporan mereka, pihak polis mengatakan mereka berdua telah menyebabkan kemalangan. Kedua-duanya mungkin disaman.

Aku, telah dilepaskan oleh pihak polis. Sebab aku tak buat apa-apa kesalahan pun. Cumanya plat pendaftaran bahagian belakang je patah.

Tapi dah ok, sebab dah hantar bengkel.

Selamat hari raya kepada mereka berdua..

2 Comments:

Anonymous shafarina said...

terjangkit dari aku :)

11:54 PM  
Blogger Ezad said...

wan
tu la pasalnya
banyak penyakit berjangkit nih:)

7:54 AM  

Post a Comment

<< Home