Thursday, August 05, 2010

Peribadi Melalui Jenis Darah

Darah B
Manusia berkumpulan Darah B mampu mengumpulkan perhatian, bersikap bebas dan suka berilustrasi. Dan mereka suka bermimpi dan berfikir perkara-perkara tentang masa depan. Sekiranya mereka berkuasa ajaib, mereka boleh meneka peristiwa masa depan. Jika mereka ingin melatih kuasa ajaib, mereka hanya perlu berilustrasi sepanjang masa.

Darah O
Sikap manusia yang berkumpulan O bersikap bertentangan dengan mereka yang berkumpulan darah B. Mereka mementingkan dunia kenyataan. Mereka mengumpulkan perhatian untuk melakukan sesuatu perkara. Jadi, latihan untuk melatih mereka yang berkumpulan darah O ialah menumpukan perhatian untuk pergerakan dan pelengkungan objek.
Dari segi latihan, biasanya golongan wanita yang berkumpulan darah O menunjukkan prestasi lebih baik berbanding dengan golongan lelaki yang berkumpulan darah yang sama. Professor Laso berjaya mengesan magnet negatif di dalam badan wanita yang boleh menggerakkan sessuatu objek dengan mudah. Sekiranya anda adalah seorang wanita, cara latihan demikian mampu melatih kuasa ajaib anda yang tersirat.

Mula-mulanya, anda dikehendaki menyesuaikan diri dan mengamalkan tabiat iaitu sentiasa menumpukan perhatian dari 5 minit hingga 30 minit. Seterusnya 1 jam. Objek yang dipilih bermula daripada bola ping pong hinggalah ke sebuah sofa atau sudu besi. Ketika anda menumpukan perhatian, jangan menerima sebarang gangguan tetapi hanya memikirkan pergerakan objek. Selepas beberapa kali berulang, mungkin sudu besi yang dipegang akan menjadi lengkung.

Darah A
Sesiapa yang berkumpulan darah A mempunyai perasaan yang luar biasa. Mereka boleh mengesan manusia atau objek dari jarak jauh. Mereka yang berkumpulan A juga boleh melatih jenis kuasa ajaib ini. Langkah pertama, mereka boleh cuba meneka kedudukan rakan ketika rakan menelefon kepada. Mereka juga boleh menganggar kedudukan rakan mereka melalui sentuhan. Selepas anda berjaya mengesan kedudukan mereka sebanyak 5 kali dari 10 kali. Anda memang berpotensi memiliki kuasa ajaib itu.

Darah AB
Hanya sebilangan manusia yang berkumpulan darah AB. Jadi, latihan untuk kuasa ajaib kumpulan AB agak rumit dan sukar. Biasanya manusia yang berkumpulan darah AB berkuasa ajaib luar biasa iaitu transperensi. Mereka boleh mengetahui isi kandungan buku tanpa membacanya. Mereka dikehendaki melatih kuasa ajaib ini melalui penekaan gambar yang tidak mengikut susunan. Selepas mencuba gambar yang mudah, sampailah huruf atau kandungan buku yang lebih rumit.
"Latihan Kumpulan darah yang disebutkan menggabungkan pelbagai jenis cara. Keberkesanannya bergantung kepada perhatian seseorang. Bukannya semua orang mampu melakukannya tetapi asalkan seseorang itu tabah hati, pastinya akan berjaya pada suatu hari nanti." Jelas Professor Laso.

1 Comments:

Blogger Purpleheart said...

sampai laa ni tak tau darah jenis apa..

8:26 AM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home