Badan Bebas
Bismillah..
Sekali lagi aku ingin menulis tentang kemalangan jalan raya. Kerajaan akan menubuhkan badan bebas untuk menyiasat kemalangan bas ekspres baru-baru ini.
Aku percaya, siasatan hanya akan berkisar kepada aspek teknikal - keadaan bas, keadaan jalan, dan keadaan pemandu.
Walau apapun hasil siasatan, pada aku, punca utamanya hanya 1 - SIKAP.
Sikap adalah aspek terpenting dalam segala kejadian. Pemandu yang bersikap mementingkan diri sendiri, memandu laju, tidak mengendahkan aspek keselamatan, tidak memeriksa kenderaan dan tidak membayar saman sehingga kerajaan menawarkan diskaun???
Sikap penguatkuasa yang bertugas sambil lewa, tidak menahan individu yang terbabit dengan kesalahan - orang yang ada waran tangkap, masih gagal ditangkap???
Di samping itu, mereka juga mencipta pelbagai undang-undang dan peraturan, namun ianya masih gagal menyelesaikan masalah.
.....
Aku ada cadangan :-
Apa kata sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang nanti, kerajaan melaksanakan 1 operasi pembersihan. Daripada mereka buat Ops Sikap "yangentahapapaentahitu", adalah lebih wajar kerajaan melaksanakan operasi membersihkan jalan raya Malaysia dari golongan yang tidak pematuhi peraturan. Buatlah sekatan lalulintas untuk mencari pemandu-pemandu yang masih ada saman, ada waran tangkap dan yang tiada lesen/cukai jalan yang sah. Gantunglah lesen-lesen mereka dan jangan benarkan mereka memandu.
Musim perayaan, ramai nak balik kampung - Ada aku kisah??? - Pesalah trafik tidak sewajarnya dibenarkan terus menggunakan jalan raya. Dengan adanya mereka-mereka inilah yang menyebabkan banyak berlakunya kemalangan jalan raya.
Tak perlulah wujudkan pelbagai peraturan sehingga menyusahkan orang lain - orang yang tidak melanggar peraturan.
Tak perlu juga tubuhkan pelbagai badan penyiasat - at the end resultnya adalah 'kami dapati pemandunya sekian-sekian' atau 'kami dapati keadaan basnya sekian-sekian'. Dalam pada mereka dok sibuk-sibuk siasat, kemalangan terus berlaku...
Apa yang penting, perlaksanaan undang-undang itu sendiri. Undang-undang menyatakan setiap pemandu mesti ada lesen sah. Jadi yang tiada lesen kenapa terus dibiarkan??
....
Janganlah kita sakit perut, tapi pi telan ubat sakit kepala...

0 Comments:
Post a Comment
<< Home