Sunday, June 05, 2011

Merokok Di Melaka

Bismillah

Dilaporkan bahawa 5 kawasan seluas 338 hektar di Melaka diwartakan sebagai zon bebas asap rokok mulai 15Jun nanti. Kawasan terbabit adalah:-

Bandar Warisan Dunia Melaka
Melaka Raya
Melaka International Trade Centre (MITC)
Pusat Bandar Alor Gajah
Pusat Bandar Jasin

Cuma diharapkan agar pelaksanaannya nanti dibuat secara tegas tanpa kompromi. Harap-harap kami tidak melihat walau sebatang pun puntung rokok!

Diharapkan agar peraturan ini nanti akan menjadikan udara di Melaka lebih bersih dan kurang asap rokok.

Dan kepada perokok, janganlah jadikan peraturan ini sebagai 'MEMBEBANKAN RAKYAT' lalu menghentam kerajaan. Dikatakan kompaunnya sebanyak RM300.00. Banyak tu. Boleh buat belanja dapur tu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home