Nikotin Percuma?
Bismillah...
Akhbar hari ini melaporkan bahawa kerajaan berhasrat untuk memberikan nikotin percuma kepada perokok yang berhasrat untuk berhenti merokok. Keputusan ini diambil apabila statistik menunjukkan peningkatan jumlah perokok dan pengidap penyakit tidak berjangkit (NCD) akibat tabiat itu.
Sekali lagi rakyat ditaburkan dengan barang percuma..
Jika kita mengimbau beberapa tahun lepas, kerajaan melalui kementerian kesihatan mengumumkan pemberian kondom percuma bagi mengekang penyakit HIV/Aids. Apakah kesannya? Aku percaya, kesannya tidak banyak berubah. Penyakit HIV/Aids terus menular dan tabiat rakyat tetap tidak berubah. Masih mengamalkan seks bebas tanpa sebarang perlindungan.
Jadi, adakah dengan memberi nikotin percuma, mampu mengurangkan jumlah perokok dan pengidap NCD itu? Aku percaya, jawapannya TIDAK.
Untuk berhenti merokok memerlukan azam yang sangat kuat. Apa tah lagi jika tabiat itu sudah lama diamalkan. Dan jika keazaman yang kuat sudah wujud dalam diri perokok untuk berhenti merokok, maka nikotin percuma itu tidak diperlukan. Ada sesetengah pendapat mengatakan kalau mahu berhenti merokok, perlu berperingkat-peringkat. Tidak boleh serta-merta. Pada aku pandangan ini tidak berapa tepat. Sewajarnya, jika mahu berhenti merokok, hanya perlu berhenti. Jangan fikir mahu buat perlahan-lahan. Sudahnya sampai akhir hayat lah tak berhenti merokok. Jika sudah ada keazaman, berhenti beli rokok, berhenti meminta rokok kawan. Lakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan kita lupa hendak merokok.
Di samping itu, kerajaan juga seharusnya mengawal kemasukan rokok ke negara ini. Bukan yang diseludup sebaliknya yang diimport secara sah. Kurangkanlah mengimport rokok dari luar. Tiada maknanya menyuruh rakyat berhenti merokok tapi sebaliknya terus menawarkan rokok pelbagai jenama. Jangan fikirkan sangat soal cukai yang dapat dikutip, sebaliknya fikirkan tabiat rakyat yang semakin ramai yang merokok.
Jika masih mahukan cukai rokok terus banyak dikutip, tak perlulah sibuk-sibuak buat kempen berhent merokok, beri nikotn percuma, beri ceramah dan sebagainya...
Jangan buat kerja sia-sia!
2 Comments:
Alahamdulillah... btl2... jangan wat kejew sia2..
nur
terima kasih
Post a Comment
<< Home