Tuesday, June 12, 2012

Hasil Kerja Paling Teruk

Bismillah..

selama aku bekerja ni, aku rasa ini lah hasil kerja aku paling teruk. Satu siri set bilik tidur kami telah menarik minat pelanggan. Katil dengan drawer dibawahnya, wardrobe dengan sliding door, night stand dan dresser biasa-biasa aje. Tapi pelanggan tu nak ubah design katil, tak nak ada drawer kat bawahnya dan saiz mattress ikut saiz negaranya (lebar sikit dari standard kami). Kira kosong je la. So aku tukar la spesifikasinya. Aku tukar lebar je, drawernya aku tak ubah. Sudahnya tadi masa inspection, sales bising kat aku... Tak pasal-pasal kena tukar semula. Nasib baik sempat lagi nak tukar, sebab kontena keluar 23hb ni.. 

Bukan selama ni tak buat silap (memang silap selalu la tu..) Biasanya masalah spec hanya timbul di peringkat awal rekabentuk. Kalau dah lama-lama dah tak der masalah dah. Cuma yang kali ni melibatkan kuantiti yang agak besar. Merah telinga bos aku tadi...

kui..kui..kui...

2 Comments:

Blogger ~Erina Juliana~ said...

abg........ boleh ke buat utk customer KL? hehehhe saje menanya :P

1:25 PM  
Blogger Ezad said...

bleh je

2:31 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home