Tuesday, March 29, 2005

Tekanan Mula Melanda

Tuesday...

Waa.. aku mula diasak oleh pelbagai pihak kat KFC. Dari purchasing bawa ke production. Kaw-kaw punya kena hari nie. Kerja aku dah mula berterabur. Aku perasan yang KFC tu tak der sistem yang teratur. Ye!! aku tau.. Keje dia orang langsung tak der sistematik. 1 kesilapan kecil, kita perlu inform 1 company. 1 barang kurang, kena inform 1 company. Kena revised drawings then edar kat semua orang. Wa.. merepek dah nie. Aku rasa, aku perlu perbetulkan kaedah nie. Kalau bukan untuk 1 company pun, setidak-tidaknya untuk department aku, Industrial Engineering Department. Tu la, orang kata puak tu bagus sangat. Tapi aku rasa, tak la bagus mana pun. Pukul rata, sama aje puak dia dengan puak aku. Aku rasa, puak aku lagi bagus kot.. ehehehehehe.. Mana tak nya. Kalau dah keje lama, setidak2nya kesilapan tu kurang sikit la. Nie tak, aku ngan dia kurang dia sikit je. Kalau aku salah 10, dia salah 5.. alaaa... confirm la tu, bagi aku 2 tahun, kat bawah la dia tu. Kalau pun tak boleh fight pasal gaji & pangkat, setidak2nya, bab design kayu kayan nie, aku boleh menang..ehehehe.. aik.. aku dah masuk bab riak dan takbur nie.... isk.... Tapi aku yakin, aku boelh lakukan.. (tak gitu en Rafik??)

Waa, gempa bumi melanda lagi ke? Hmm.. Taubat Segera Usah Nanti Akan Malapetaka Ilahi. Aku rasa, semalam aku ada terasa gegarannya. Tapi aku ingat guruh je. Tak lama la.. Cam guruh. Lagi pun rumah aku kat bawah. Tak la rasa sangat. Tapi kalau kat Desa View, boleh rasa kot.. Tak gitu En Halim??
Aku kadang2 gerun jugak keadaan bumi sekarang nie. Dah macam2 hal terjadi. Alignment bumi nie pun dah lari dah. Kalau check betul2, bumi nie dah tak bulat dah. Sure dah kempes sikit. Kat bawah muka bumi dah lah bergesel, lepas tu, hari2 manusia nie korek gali minyak. Tak kira lagi korek buat terowong dasar laut. Isk.. isk.. risau betul aku. Keadaan panas sekarang nie, bagi aku ujian Allah taala. Ye la, dia nak test power kita, bleh tahan ke tak. Panas kat muka bumi nie pun dah dicarut barut, kat sana nanti, wallahualam. Cam mana keadaanya.

Besok dah Rabu. Kejap je masa berjalan. Dah nak masuk bulan April pun. Aku rasa, baru je kita sibuk2 pasal new mallineum (eh.. betul ke spelling nih?), lepas tu pasal Y2K. Sekarang, benda2 tu, dah 5 tahun berlalu. Umur aku pun dah makin lanjut. Eheheheh.. patut la batuk2.. (batuk pasal habuk kayu en Ezad oiiii...)
Tak pe la, akau ada umur yang panjang, bleh kita berjumpa lagi. Lepak kat Taman Melawati.. ehehehehe.. ape ada kat sana sekarang ek??

0 Comments:

Post a Comment

<< Home