Saturday, July 09, 2005

Yang Dipertuan Agong Tunai Solat Jumaat Di Masjid Simpang Kerayong

JASIN, 8 Julai : Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Tuanku Syed Sirajudin Putra Jamalullail telah berkenan mencemar duli menunaikan solat Jumaat di Masjid Simpang Kerayong bersama kira-kira 500 penduduk Simpang Kerayong. Ketibaan baginda yang diiringi oleh Tuan Yang Terutama, Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob di masjid berkenaan pada jam 1.15 petang telah disambut oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melaka, Ketua-Ketua Jabatan dan penduduk-penduduk Simpang Kerayong. Selepas menunaikan solat Jumaat yang diimamkan oleh Imam 1 Masjid Simpang Kerayong, Abdul Bari Ahmad, Seri Paduka Baginda telah berkenan beramah mesra dan bersalam-salaman dengan para jemaah. Baginda kemudiannya telah berkenan melancarkan buku Masjid Negeri Melaka terbitan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang mengandungi sejarah 178 buah masjid di Melaka, pegawai –pegawai syarak dan ahli jawatankuasa kariah masjid. Baginda juga turut bersama-sama penduduk dan tetamu menikmati jamuan tengahari dalam Majlis Santapan Tengahari yang diadakan di perkarangan masjid yang terletak kira-kira 3 kilometer dari pekan Jasin itu.

(petikan dari akhbar Melaka Hari Ini)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home