Februari 2006
Assalamualaikum...
2006 telahpun menjangkau bulan Februari. Terlalu cepat masa berlalu. Kadangkala, aku rasa seperti ditipu oleh masa. Benarlah, sesungguhnya, dunia ini penuh dengan tipu daya. Dan manusia tertipu dengan waktu. Aku semakin insaf. Tuhan, ampuni lah hambamu ini. Beberapa hari ni, keadaan kesihatan aku tidak berapa mengizinkan. Dengan batuk, demam dan selsema, sesungguhnya menyebabkan aku berada dalam keadaan serba tidak selesa.
Bulan Februari ini merupakan bulan yang agak sibuk bagi kami di IED. 6 set bed room perlu disiapkan untuk Malaysian International Furniture Fair yang bakal berlangsung pada bulan March. Di samping itu, salah satu buyer kami memerlukan design baru untuk set bed roomnya. Setelah dihitung, ada 19 produk yang perlu disiapkan minggu hadapan. Berkejaran aku dan senior untuk menyiapkannya. Nak harapkan junior nan sorang tu, jangan harap lah. Dari suruh dia, baik suruh lembu ke.. kuda ke buat keje. Buat sakit hati je. By the way, satu dari design aku, bunk bed dah dapat order. Alhamdulillah..... 1 lagi ilham aku akan berada di rumah mat-mat saleh kat US tu....:)
Bercakap pasal junior IED tu, aku makin hari makin panas dengan mangkuk hayun sorang tu. Langsung tak boleh pakai. Namun, jauh di sudut hati aku berkata, sesungguhnya kaum nan satu tu tak jauh bezanya dengan puak aku. Tak der ape yang perlu di respect dengan dia orang tu. Kalau kita kuat bekerja, kita lebih baik dari mereka. Dan aku percaya, jika puak kita mendapat peluang, pasti mereka akan tunduk depan kita. Aku bukan nak membangga diri. Tapi itu yang berlaku. Walaupun belum semua yang tunduk, setidak-tidaknya ada yang tunduk.............
Paling penting, puak kita perlu menggunakan segala peluang yang ada, tidak cepat mengalah dan tegas membuat keputusan.
Lain-lain hal.... dalam dompet aku ada hanya kira-kira RM5.00 sahaja. ehehehehe.. Adohaii... rasa malas nak singgah town untuk jolok kad kat tembok ATM tu. Lebih-lebih lagi dalam keadaan tak sihat. Then, balik pun lambat sebab aku stay back kejap kat office, di samping hujan gerimis di waktu aku pulang kerja. Nasib baik besok cuti. Kena jolok gak besok nie, kalau tak, kering minyak kereta aku... uhuhuhuhu...
Wassalam.....
0 Comments:
Post a Comment
<< Home