MIFF 2006 Sasar Jualan RM2.2 Bilion
(Dari Harian Metro)
PAMERAN Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) 2006 mensasarkan jualan lebih RM2.2 bilion tahun ini berbanding RM2.13 bilion tahun lalu.
PAMERAN Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) 2006 mensasarkan jualan lebih RM2.2 bilion tahun ini berbanding RM2.13 bilion tahun lalu.
Pengarah Urusan MIFF, Datuk Tan Chin Huat, berkata buat pertama kalinya pameran itu akan diadakan di dua tempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) daripada 7 hingga 11 Mac.Pameran itu berjaya menarik penyertaan 420 syarikat dari 16 negara. Kira-kira 30 peratus daripada peserta pameran datang dari China, Singapura, India, Perancis, Korea Selatan, Filipina, Vietnam, Turki, Australia, Itali, United Kingdom, Hong Kong dan Taiwan.
“Meskipun pesaing daripada pameran lain di seluruh dunia, pameran kami masih mendapat sambutan baik dan kami sangat gembira,” katanya sambil menambah lebih 7,000 pembeli antarabangsa diunjurkan tahun ini daripada 6,899 tahun lalu.
Kebanyakan pembeli asing datang dari Eropah.“MIFF adalah pameran jualan berorientasikan eksport dan kami perlu mensasarkan pembeli asing bagi membantu pengeluar perabot Malaysia mengembangkan pasaran luar negara mereka,” katanya.
Daripada ruang pameran seluas 12,000 meter persegi pada 1995, MIFF diperbesarkan kepada 70,000 meter persegi tahun ini mencerminkan kenaikan hampir enam kali ganda berbanding dekad lalu dan menjadikan MIFF satu daripada pameran perdagangan seumpamanya yang paling pantas berkembang di dunia.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home