Friday, August 03, 2007

Budak Maut Dirempuh Lori Depan Bapa

*Petikan akhbar Utusan Malaysia*

JASIN 2 Ogos – Seorang kanak- kanak maut setelah dirempuh sebuah lori di depan bapanya selepas selesai sembahyang Isyak di sebuah masjid di Kampung Ayer Barok di sini, malam tadi.
Mangsa, Abdullah Lutfil Hadi Daud, 11, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Jasin akibat cedera parah di bahagian kepala.
Ketika kejadian, lori tersebut dikatakan terbabas dan merempuh pagar sebuah masjid dan bahagian belakang sebuah kedai makan menyebabkan empat yang lain turut tercedera.
Mereka yang tercedera ialah dua tukang masak kedai makan, seorang pembantu kedai serta seorang pelanggan yang masing-masing mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.
Bapa mangsa, Daud Abu Hasan, 44, berkata, ketika kejadian dia berada hanya beberapa langkah dari anaknya itu yang terlebih dahulu turun dari masjid selepas sembahyang Isyak.
“Tiba-tiba saya dengar bunyi berdentum dan melihat anak saya tidak ada lagi di depan saya. Kemudian saya tengok ada sebuah lori telah melanggar belakang kedai di sebelah saya,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, dia kemudian tercari-cari anaknya itu dan tergamam melihat Abdullah Lutfil terbaring di tebing jalan berlumuran darah kira-kira enam meter dari tempat kejadian.
Daud berkata, kemalangan itu berlaku terlalu pantas dan beliau hanya merasai angin yang dibawa oleh lori yang melanggar anaknya.
“Kalau tak ada tembok masjid, kemungkinan saya juga akan dilanggar oleh lori itu,” katanya yang hampir setiap hari bersembahyang Isyak di Masjid Lama Kampung Ayer Barok bersama-sama mangsa.
Sementara itu, Pegawai Turus Trafik Daerah Jasin, Cif Inspektor Mohd. Zaki Ashar berkata, sebelum kemalangan maut itu, lori berkenaan telah terlibat dalam satu lagi kemalangan dengan sebuah lori membawa ayam beberapa ratus meter dari tempat kejadian.
“Akibat ketakutan, pemandu itu melarikan diri dan memandu lori itu dalam keadaan kelam-kabut menghala ke pekan Jasin dari Kesang,” katanya.
Mohd. Zaki berkata, lori yang dipandu laju itu kemudian hilang kawalan ketika di selekoh berhampiran Masjid Lama Kampung Ayer Barok.
“Lori itu merempuh tembok masjid, mangsa (Abdullah Lutfil Hadi) dan bahagian belakang kedai makan berhampiran,” katanya.
Menurutnya, pemandu berkenaan kini ditahan pihak polis bagi membantu siasatan. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
.............................................
Di hadapan masjid Air Barok tu ada selekoh yang agak berbahaya. Di samping itu, jalan baru yang telah siap dibina dikatakan mengelirukan pengguna jalanraya tersebut. Pemandu dari Melaka sepatutnya masuk ke jalan baru yang seolah-olah, simpang ke kiri. Tetapi pengguna sedia maklum bahawa jika hendak ke Bandar Jasin, mereka perlu jalan terus, iaitu mengikut jalan lama. Jika mereka terus melalui jalan lama. Begitu juga sebaliknya jika kenderaan dari Bandar Jasin. Mereka harus ke kanan (masuk jalan baru) untuk ke Bandar Melaka. Jika salah satu kenderaan salah memasuki lorong, sudahnya, mereka akan bertembung antara 1 sama lain. Apatah lagi jalan tersebut agak sembit, dan ini memberi risiko tinggi kepada pemandu kenderaan berat. Seperti yang berlaku semalam.

3 Comments:

Blogger cepotet said...

ayoyoyoyoyoyo.. fenin baca laluan nak ke bandar jasin tu. :p

9:01 PM  
Blogger shafarina said...

gila punya drebar.. baru lepas langgar lari, langgar mati budak pulak..

9:33 AM  
Blogger Ezad said...

ernisuhana
ayoyo.. tarak paham apa saya tulis ka??

wan
tu la pasal. patut drebar tu gantung je sampai mati

11:00 PM  

Post a Comment

<< Home