Saya dan TV3
Bismillah...
Pada mulanya, aku nak tulis pasal kerajaan perpaduan. Tapi tak jadi. Sebab kalau aku tulis, pastinya aku akan sentuh soal sikap orang Melayu secara keseluruhan, bukan perangai ahli-ahli politik sahaja. Yang menyebabkan Melayu berpecah adalah kerana sikap Melayu itu sendiri.
Muak beb!
Ok... Cari bahan yang lebih ringan.
Pagi tadi, masa memandu ke tempat kerja, aku buka Hotfm. Hot chat hari ni adalah pasal saya dan TV3.
Seingat aku, TV3 memulakan siarannya di Melaka pada tahun 1987 (sila betulkan fakta ini kalau aku silap). Masa tu, tagline mereka adalah Rangkaian Sukaramai, betul?
Tapi masa tu, TV kat rumah kami adalah TV monocrome (hitam/putih). Maklum lah, orang kampung. TV tu masih ada lagi sampai hari ini. Tapi dah tak boleh guna dah.
Masa zaman kanak-kanak dan remaja, aku memang mengikuti banyak program-program di stesen ini. Sekapur Sirih, Majalah 3, Pop Kuiz dan lain-lain.
Di samping itu, aku juga menjadikan pengacara di TV3 sebagai idola aku. Dan yang paling utama ketika itu adalah Wan Zaleha Radhi. Gambar dia aku tampal dalam almari baju.. hahaha. Selain Wan Zaleha aku juga meminati Mahadzir Lokman (dah dapat pangkat Datuk?). Adalah 2-3 orang lagi, tapi dah lupa nama mereka.
Dan hari ini, TV3 masih menjadi inspirasi aku. Namun, aku sudah kurang menonton TV. Tapi antara program TV3 yang masih aku ikuti adalah Buletin Utama (wajib ni) dan kadang kala Majalah 3. Dan jangan bicara tentang program-program seperti drama ke, cerita alih suara ke, rancangan kartun ke.... memang aku tak ikuti.

3 Comments:
Sedar tak sedar kita dibesarkan dengan tv3.. mungkin awal penubuhan masa tu usia aku baru 8 jadi sibuk tengok kartun, bile usia makin meningkat lebih cenderung pada pengetahuan seperti majalah3, sekapur sirih dan sebagainya..
purple
aku kecik2 lagi dah tengok sekapur sirih & majalah 3:)
owhh aku pon setia dengan tv3.. buktinya setiap kali aku kat rumah.. memang aku akan bukak tv.. dan channel memang tv3 je la. sebab aku bukak and off je..
volume ke channel ke, apa ka tak pernah nak adjust..
rancangan? hahh ntah aku tak pasti
Post a Comment
<< Home