Monday, October 19, 2009

16 September - Antara Cuti dan Penghayatan

Bismillah..

Kerajaan mengumumkan 16 September sebagai cuti umum mulai tahun hadapan. Tarikh tersebut adalah tarikh penubuhan Malaysia pada tahun 1963 di mana ianya disertai oleh Sabah dan Sarawak.

Apa yang akan dilakukan pada hari tersebut?

Mungkin terlalu awal bagi kita membayangkan apakah program yang akan dianjurkan oleh kerajaan. Tapi berdasarkan apa yang diungkapkan oleh Perdana Menteri, pada hari tersebut, ianya akan diraikan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat melalui bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain lagi.

Demi menyedarkan rakyat akan peripentingnya 16 September itu, maka cuti umum diberikan. Rasionalkah?

Kemudian diikuti dengan acara-acara yang sedikit sebanyak menggalakkan pergaulan bebas, perpeleseran sehingga lewat malam, dan sudah semestinya pusat-pusat hiburan mendapat tiket percuma untuk beroperasi hingga awal pagi. - Alasannya meraikan Hari Malaysia.

Setelah sekian lama, Malaysia meraikan Nuzur Al-Quran, Maulud Nabi, Awal Muharam - Apa natijahnya? Berapa ramai rakyat, khususnya para remaja menghayati peristiwa-peristiwa tersebut.

Dan sedikit lucu apabila ditanya kepada salah seorang remaja warga Johor (graduan universiti selatan) - Apakah itu Hari Hol Almarhum Sultan Johor, jawapannya...

"Hari cuti umum"

- Kepala otak kau!

Jadi, untuk menghayati sesuatu peristiwa, wajarkah cuti umum diberikan? Tepuk dada, tanya minda

0 Comments:

Post a Comment

<< Home