Kuota Yang Melemahkan?
Bismillah...
Datuk Seri Najib mengingatkan orang Melayu agar tidak terlalu bersandar kepada kuota semata-mata, sebaliknya harus ada keyakinan diri untuk berdikari dan berdaya saing. Beliau mengatakan bahawa itu bukan bermaksud yang beliau mahu menghapuskan kuota bumiputera.
......
Penghapusan kuota (kalaupun boleh dikatakan penghapusan) telah disebut sejak zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir lagi. Beliau mengingatkan orang Melayu agar 'membuang tongkat' yang dikatakan punca kepada kelemahan orang Melayu.
Fikirkan secara rasional (bukan membuta tuli), kenyataan Tun itu ada kebenarannya. Dengan adanya kuota itu, maka umat Melayu fikir bahawa kehidupan mereka 'selamat'. Bila awal-awal lagi dah fikir 'selamat' maka kuranglah usaha yang dilakukan. Dan apabila kurang usaha maka, kuranglah produktiviti, tidak berkualiti dan hasilnya adalah kegagalan. Sudahnya, segala usaha umat Melayu ini diperlekeh dan dipersendakan.
Seorang pendatang dari tanah besar, tidak membawa apa-apa harta, malah tidak tau membaca dan menulis. Apabila tiba di sini, beliau menjadi kontraktor buat longkang, sedikit demi sedikit akhirnya memiliki taman di atas tanah tinggi - Orang kata, dia seorang yang gigih, mempunyai semangat yang kuat untuk berjaya.
Tidak seperti umat Melayu, orang melihat kejayaan umat Melayu adalah kerana hasil bantuan kerajaan. Mereka dikatakan menerima pelbagai dana, subsidi dan kejayaan mereka adalah atas dasar hak keistimewaan orang Melayu. Tiada kelebihan diri sendiri yang memungkinkan dia berjaya. Semuanya atas bantuan kerajaan.
Jika umat Melayu yang berjaya itu diperlekeh oleh orang lain, mungkin kita faham sebabnya. Tetapi lebih memburukkan adalah apabila kejayaan umat Melayu itu diperlekeh oleh bangsanya sendiri - dikatakan kroni kerajaan. Bahkan difitnah, dsantau dan sebagainya. Sampai bilapun umat Melayu tak akan maju.
Maka, apabila kerajaan berhasrat untuk menghapuskan kuota, umat Melayu harus bersedia menerimanya. Jika tidak mahu dihapuskan, maka jadikanlah kuota itu sebagai 1 keistimewaan supaya kita boleh terus berdaya saing. Dan apabila ada di kalagan umat Melayu itu dah berjaya, teruslah beri galakan dan sokongan. Jangan la diburuk-burukkan namanya, disantau-santau dan dipulaukan. Bagi yang dah berjaya, ingat-ingatlah yang miskin tu, bantulah apa-apa yang perlu. Yang penting, jangan lupa tuhan.

Kalau masih berfikiran negatif, kita minta kerajaan sediakan kerusi roda, tak payah bertongkat dah.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home