Tuesday, June 07, 2005

Kondom & Jarum Percuma

Bismillah...

Hari nie, aku nak komen sikit pasal berita nie. Sebagaimana semua sedia maklum tujuan pemberian tersebut adalah untuk mengurangkan jangkitan wabak HIV/AIDS di kalangan penagih dadah. Pada pandangan aku, pemberian kondom & jarum percuma kepada penagih dadah bagaikan memberi galakan kepada mereka supaya terus menjebakkan diri dalam penagihan dadah. Ia merupakan langkah yang 'tidak tepat' untuk membendung wabak penyakit tersebut. Datin Paduka Dr Marina Mahathir (anak kepada idola aku - sesungguhnya banyak benda yang aku tak bersetuju dengan anak idola aku yang sorang nih), beliau memberitahu ulama Iran bersetuju dengan kaedah tersebut (dan telahpun dilakukan di Iran). Ulama Iran berpendapat (menurut anak idola aku ni lah) "jangan memudaratkan diri dan jangan memudaratkan orang lain" dan "bertoleransi dengan kemudaratan kecil bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih besar".
Memang benar, kita tak boleh memudaratkan diri & memudaratkan orang lain. Tapi, dengan melaksanakan program tersebut (kondom & jarum percuma), ianya akan menambahkan lagi kemudaratan kepada penagih dadah tersebut. Adakah wajar, kita 'turun padang' dan memberikan kondom & jarum tersebut kepada penagih dadah yang berlambak kat lorong-lorong belakang di ibu kota? Bagi aku, dari kita jumpa & berikan beda tersebut, adalah lebih wajar kita tahan mereka & letakkan mereka di pusat pemulihan. Jauhkan mereka dari benda-benda tu semua. Bimbing mereka dengan memberi ceramah & kaunseling. Ini tidak, diberinya pulak 'benda sedap' tu lagi... Memang la jahanam orang tu (yang sememangnya majoriti dari mereka adalah kaum kulit sawo matang). Apatah lagi, untuk mengelakkan wabak HIV/AIDS itu menular, memerlukan usaha yang berterusan. Menteri Kesihatan kata, kementeria akan jalankan projek printis selama 6 bulan. Adakah selama 6 bulan kita akan dapat melihat dengan jelas statistik wabak itu akan meningkat atau menurun? Jika tidak menunjukkan apa-apa perubahan, apa yang akan dilakukan? Hentikan program tersebut? Maknanya, selama 6 bulan kementerian telah melakukan kerja yang jelas sia-sia & membazir. For sure la matlamatnya takkan tercapai. Mereka yang menerima benda-benda tu, sudah tentu tidak memerlukan wang & sumber lain untuk mendapatkan bekalan tersebut. Pendek kata, mereka juga menerima SUBSIDI. Sama seperti petani yang menerima baja, pelajar yang menerima biasiswa & kenderaan di jalan raya yang menggunakan minyak (sungguh makmur bumi ini... semua pihak menerima subsidi). Kalaupun matlamat untuk menyekat penularan wabak HIV/AIDS tercapai dengan program ini, sudah pasti penagih akan terus menagih. Bukankah dadah itu MUSUH no. 1 negara? Pasti!! Mereka akan terus menagih. Sebab? 'Galakan' & pemberian subsidi dari kerajaan.
Untuk menyediakan benda-benda tu (kondom & jarum) juga memerlukan dana dari kerajaan. So dari manakah kerajaan mendapatkan dana tersebut. Of couse lah, dari duit pembayar cukai (yang dikutip secara sedikit paksa). Confirm bukan dari duit poket Dr Chua Soi Lek atau Datin Paduka. Kalau dari poket dia orang, aku tak la hairan sangat. Kata bekas Ketua Pengarah Penjara, kos pemberian 'subsidi kondom & jarum' lebih murah dari kos menyediakan pusat-pusat serenti. Mungkin benar, tapi bagi aku, program di pusat penjara adalah lebih mulia. Di situlah di adakan ceramah, kaunseling & bimbingan.
Setakat ni, kerajaan Selangor & Terengganu menentang. Melaka menyokong. Hmm.. nampaknya aku tak sehaluan dengan Pak Ali dalam hal nie.....

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

saya rasa anda tidak faham dengan keadaan sebenar.
pemberian kondom dan jarum suntikan tidak dijalankan sewenang-wenangnya,tetapi dihadkan kepada mereka yang layak,disusuli pemantauan rapi.
Janganlah mempolitikkan isu ini lagi.
Tahukah anda jankitan HIV merupakan cabaran besar yang perlu ditangani?
Adalah dijangkakan WHO bahawa 15000 kanak-kanak tempatan akan menjadi anak yatim kerana kematian ibu bapa yang dijankiti HIV.
Apa yang telah menjadi kenyataan,jankitan baru dapat dikurangkan melalui pemberian jarum suntikan.Ini merupakan hakikat.Takkanlah kita mahukan jangkaan 15000 anak yatim tersebut menjadi kenyataan?

1:20 AM  

Post a Comment

<< Home