Kemalangan Di Musim Perayaan
Sejak 9 tahun lalu, apabila tiba sahaja perayaan utama di negara ini, kita akan disajikan dengan angka-angka statistik kemalangan jalan raya. Ianya akan menjadi tajuk utama media cetak & elektronik.
Pelbagai peraturan & akta telah diperkenalkan. Ditambah pula dengan beberapa lagi dengan cadangan yang menyusul menunggu kelulusan pihak berwajib. Kedengaran juga petua-petua memandu ketika musim perayaan, pesalah trafik dihukum dengan kerja amal, memberi ilmu teknik mengelak kemalangan, lesen pemandu cuai dirampas dan macam-macam lagi. Namun, angka-angka statistik itu tak pernah menurun bahkan meningkat sehingga tahap yang menggerunkan. Malah boleh dikatakan, jika mahu melihat 'musim kematian' rakyat Malaysia, di musim perayaanlah masa yang paling sesuai. Kasar bukan? Namun, itu tidaklah sekasar pemandu-pemandu cuai yang menyebabkan kematian tersebut.
Pada pandangan aku, punca kemalangan di musim perayaan adalah 90% berpunca daripada kecuaian pemandu sendiri. Kecuaian yang dimaksudkan termasuklah kelajuan dan masalah kenderaan. Memang benar, apabila tiba musim perayaan, maka ramailah yang berpusu-pusu menuju ke kampung halaman masing-masing. Maka, tidak terfikirkah dek kepala otak mereka tentang berhati-hati?
Memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan, pemandu bas memandu di lorong kanan, motosikal berlumba sesama sendiri, malah cuba melintas di lebuhraya!! Apakah jenis otak kah mereka ini?? Aku percaya, Allah s.w.t. menciptakan otak mereka sama dengan cerdik pandai yang lain. Namun sikap tolol mereka melebihi kebijaksanaan yang telah tercipta.
Adegan-adegan ini aku lihat ketika menonton Buletin Utama sebentar tadi. Semua ini bakal meningkatkan statistik Ops Sikap. Bagi aku, mereka ni dah la tolol, berlagak pulak tu. Mati eksiden lagi bagus...!!
Chowww
0 Comments:
Post a Comment
<< Home