Wednesday, November 02, 2005

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum...

Sekejap dah menjelang Syawal. Rasanya, baru sahaja sibuk-sibuk pasal Ramadhan. Masa berjalan terlalu pantas. Benarlah, sesungguhnya, masa tak akan menunggu manusia. Manusia yang harus mengejar masa. Yang pasti, tahun 2005 dah menghampiri penghujungnya. Aku masih belum berjaya menggapai impian yang telah aku rancangkan. Walau apa pun, aku tetap berusaha ke arah itu...

Sempena Syawal yang bakal menjelma, aku ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat muslim. Maaf zahir dan batin. Mohon ampun atas segala kesilapan yang telah aku lakukan, baik yang sengaja ataupun tidak.
Semoga Syawal kali ini akan membawa seribu rahmat kepada muslimin dan muslimat.
Amin....

Lama juga aku tak update blog nie. Maklum lah, bulan Ramadhan, agak sibuk dengan amal ibadah (dan tidur..:)).. Insyaallah, lepas raya nanti aktif la balik webblog aku nie...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home