Enam Syarat Sah Menjadi Wali Nikah
WALI bererti teman karib, pemimpin, pelindung atau penolong yang terdiri daripada waris lelaki terdekat kepada pengantin perempuan. Wali menjadi salah satu rukun dalam perkahwinan.
Dalil menunjukkan pentingnya wali ialah firman Allah maksudnya : “Janganlah kamu menghalang mereka berkahwin kembali dengan bekas suami mereka apabila telah ada kerelaan antara mereka dengan cara yang makruf.” (Surah al-Baqarah, ayat 232) Firman Allah lagi: “Dan janganlah kamu kahwinkan perempuan-perempuan kamu dengan lelaki musyrik (kafir) hingga mereka beriman.” (Surah al-Baqarah, ayat 222) Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Daripada Abi Musa, Rasulullah bersabda: Tidak ada nikah melainkan dengan adanya wali.” (Hadis riwayat al-Khamsah dan an-Nasa’i) Oleh kerana wali menjadi syarat sah nikah, tidak semua orang boleh menjadi wali kepada pengantin perempuan. Syarat sah menjadi wali ialah:
Islam
Baligh (sekurang-kurangnya sudah berumur 15 tahun)
Berakal - orang gila, mabuk dan orang yang sangat bodoh tidak sah menjadi wali
Lelaki - orang perempuan tidak sah menjadi wali
Adil
Merdeka Manakala orang buta atau bisu pula diharuskan menjadi wali kerana ia boleh menimbang dan memikirkan soal kufu dan hal kepentingan kepada wanita, selagi boleh memahami isyarat serta tulisan dan memenuhi syarat sah menjadi wali.

3 Comments:
adakah sah nikah seseorang itu jika wali tidak solat?
ty jgk yg sy nk tnye..sah ke x?
adakah sah menjadi wali sekiranya seseorg itu tidak pernah solat? solat wajib pn tidak..solat jumaat pn tidak..blhkan anak tersebut dptkan wali hakim?
Post a Comment
<< Home