Saturday, June 03, 2006

Besday Agong

Hari nie cuti..
Lepak kat rumah sambil buat RP.. banyak lagi rupanya.. ingdat dah boleh siap dah nie...
Ada pameran perabot kat MITC. Tapi malas la nak gi..
Baik layan internet dari layan perabot....

Beday agong ni, biasa la... hari bagi2 pingat... ada dapt tun, ada dapat tan sri... ada dapat datuk seri...
merseri2 la depa tu...

aku bila nak dapat pingat ek? Dapat pingat datuk pun dah kira best dah


TANAH RUNTUH DI ULU KLANG

Beberapa hari nie, media banyak bercerita pasal tanah runtuh kat Ulu Klang yang mengorbankan 4 orang pada 31Mei yang lalu. Sungguh menyayat hati.
Semasa tengok Buletin Utama tadi, penduduk Taman Mas pun dah bising sebab area rumah dia orang pun dah ada hakisan tanah.
Ulu Klang nie banyak meninggalkan kenangan pada aku. Ye lah, aku duduk Ulu Klang dari tahun 1995 sehingga la 2004. Hampir 10 tahun. Aku pernah duduk duduk rumah banglo kat Taman Zoo View (Jalan Lee Woon), kemudian berpindah ke Taman Melati (Jalan Taman Melati 3) sebelum menyewa kat kondominium Desa View Towers (22-4). Semuanya berada di kawasan Ulu Klang (Tman Melati tu area Gombak.. tapi dekat la dgn Ulu Klang). So, aku paham benar area tu.
Seingat aku(seingat aku ye..), kejadian tanah runtuh kat Ulu Klang adalah di Highland Towers, dalam tahun 90-an. Kemudian ada pelbagai lagi tanah runtuh di kawasan itu. Dari pentadbiran Muhamad Taib, Pak Abu Hasan sehingga la Khair Toyo, kejadian tanah runtuh masih berlaku di kawasan itu.
Anehnya, bila berlaku sesuatu kejadian, pelbagai jawatankuasa, suruhanjaya penyiasat dan lain2 ditubuhkan untuk mengkaji sebab2 kejadian. Tapi ianya masih berlaku. Alasannya tetap sama...
a) pergerakan air di bawah tanah/hakisan
b) pemaju tidak mengambil langkah2 keselamatan di tapak projek
c) Penerokaan tanah secara haram
Tak ada sebab2 yang lain... pusing2, sebab pemaju, pbt dan penduduk setempat...
Namun, kejadian masih berulang.......
Cerdik pandai tak belajar sesuatu kah? Atau sememangnya mereka tak bekerja sehingga berlakunya bencana...
Tunggu juga, bila la Kondo Desa View Towers tu nak tumbang.. kekekeke

0 Comments:

Post a Comment

<< Home