Akademi Fantasia
Nah!!...
Rakyat Malaysia (paling tepat MELAYU) bakal dilanda demam Akademi Fantasia lagi. Ini musim ke 4 dah. Umat Melayu akan mengalami demam yang kronik, tawa, tangis.. semuanya ada. Dan yang paling dasyat sekali adalah wang yang bakal dibelanjakan untuk mengundi pelajar pilihan... SMS. Suatu budaya mengundi yang mungkin akan diiktiraf sendiri oleh SPR 10 tahun lagi.
Aku tak banyak mengetahui tentang Akademi Fantasia, walaupun aku ada Astro. Sebenarnya aku tak berapa minat dengan hiburan. Tapi aku lebih berminat tentang nasib bangsaku sendiri.. (ehem.. cam ahli politik lak.. muahahahaha..)
Dilaporkan SMS Akademi Fantasia mencecah jutaan ringgit, dan yang pasti majoriti yang mengundi itu adalah Melayu. Tak kusangka, Melayu nie kaya rupanya. Alangkah baiknya jika wang itu dilaburkan ke dalam saham2 amanah atau disimpan demi pendidikan anak2 di masa hadapan . Hmm.. mungkin aku silap, umat Melayu tak perlu fikir tentang perbelanjaan pendidikan anak2 kerana kerajaan akan menanggung mereka semua (JPA, MARA, PTPTN dll - siap boleh elak2 bayar lagi tu).
Ini tidak, wang sebanyak itu dileburkan untuk melahirkan orang2 seperti Vince, Zahid dan Mawi. Apa untungnya umat Melayu dengan kehadiran mereka? Dan persoalan yang agak penting, setelah mereka ini bergelar artis (layak kah?), apa yang diperolehi oleh pengundi2 mereka? Rumah? Kereta? hello.. nak tengok budak2 tu buat show pun kena bayar tiket mak cik oi.. tak der special price untuk pengundi2 pun.
Yang pasti, kebanyakan artis Melayu hanya mengikut musim. Mereka hanya digelumangi dengan glamor semata-mata. Tidak ramai yang mempunyai bakat yang betul2 diperlukan oleh seorang artis. Stakat pegang microfon, lontar suara, gaya sikit lebih kurang, aku percaya, 24 juta rakyat Malaysia mampu melakukannya. Cuma tak jadi artis aje.
Jika direnung lebih jauh, kekemarukan umat Melayu terhadap akademi Fantasia hanya akan menyebabkan pihak2 tertentu menjadi kaya raya. Namun, yang pasti bukan umat sendiri yang kaya, tapi orang lain. Siapa pemilik Astro dan Maxis?
Jika tak sedar juga, umat Melayu akan terus dieksploitasi. Bukan disebabkan kekuatan, tapi disebabkan kelemahan umat Melayu sendiri. Tidakkah dikau sedar hal ini? Kita dipergunakan oleh orang lain demi kepentingan mereka, bukan sebab kekuatan kita (kuatkah kita?)
Menangisi nasib bangsa yang terkeluar dari arus perdana adalah lebih bernilai dari menangisi pelajar yang terkeluar dari rancangan Akademi Fantasia (walaupun mereka juga Melayu)
Mulai minggu hadapan (ye ke?) muka2 yang tertera di atas mengharapkan ikhsan pengundi2. Berapa pula jumlah wang yang bakal dileburkan oleh umat Melayu.
Tungguuuuuuuuuuu.............................
oh ye......... berapa ramai yang tahu pasal Akademi Quran?
Kucingku Putih, mati hari nie...:(
0 Comments:
Post a Comment
<< Home