Berita KAmpungku : Mohd Awaldin, Sarrul Munirah Wakil Parlimen Jasin Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri
JASIN, 1 Mei : Qari dan qariah dari Koperasi Serkam Darat berjaya menggungguli Tilawah Al-Quran peringkat Parlimen Jasin yang diadakan di Perkarangan Masjid Sempang Kerayong, dekat sini, malam tadi.
Johan qari, Mohd Awaldin Mohd Nasir, 37, yang bertugas di Bahagian Haemodialisis Hospital Melaka mendapat 82 peratus dan menewaskan 12 peserta lain yang turut bertanding.
Tempat kedua bahagian qari pula disandang oleh Husni Ali Hassan dari Kampung Serkam Tengah dengan 81 peratus manakala tempat ketiga Haris Mahat dari Taman Koperasi Serkam Darat yang memperolehi 74 peratus.
Johan qariah disandang oleh Sarrul Munirah Haris dari Taman Koperasi Serkam Darat yang memperolehi 80 peratus diikuti Halimaton Ab Majid dari Kampung Loji Air Chinchin (76 peratus) dan Noraini Abdullah dari Taman Koperasi Serkam Darat (70 peratus).
Johan qariah disandang oleh Sarrul Munirah Haris dari Taman Koperasi Serkam Darat yang memperolehi 80 peratus diikuti Halimaton Ab Majid dari Kampung Loji Air Chinchin (76 peratus) dan Noraini Abdullah dari Taman Koperasi Serkam Darat (70 peratus).
Kejayaan itu membolehkan Mohd Awaldin dan Sarrul Munirah melayakkan diri mereka mewakili Parlimen Jasin ke peringkat negeri yang akan diadakan di Politeknik Merlimau pada akhir Mei ini.
Terdahulu, majlis perasmian tilawah itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Serkam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Wira Ahmad Hamzah yang turut menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Hadir sama pada majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Rim, Datuk Ramlah Abas, ADUN kawasan Merlimau, Mohamad Hidhir Abu Hassan dan Pengerusi Biro Agama dan Dakwah UMNO Bahagian Jasin, Halil Abdullah.
Ketika merasmikan majlis tilawah itu, Ahmad berkata, umat Islam hari ini perlu menjadikan pembacaan Al-Quran sebagai satu amalan harian kerana ia dapat memberi petunjuk kepada mereka dalam melakukan kebaikan.
Menurutnya, Al-Quran yang merupakan sumber utama dalam perundangan Islam dan panduan hidup haruslah dipelihara, dijaga setiap masa dan perlu dihayati serta difahami ertinya.
“Kefahaman terhadap segala isi kandungan Al-Quran ini menjadi lebih penting kerana terdapat banyak ajaran dan tafsiran yang tidak tepat telah dibuat oleh golongan-golongan yang tertentu....dengan mengetahui tafsiran dan terjemahan dalam bahasa Melayu yang kita faham, dan ditafsirkan mengikut tafsiran yang sebenar maka dapatlah kita menolak ajaran-ajaran sesat dan menyeleweng,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI) di sini, hari ini.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home