Perletakan Jawatan
Tarikh: 13062006
Masa : 8.45am
Lokasi : Bilik VGM, Bangunan Utama, KFC
Masa : 8.45am
Lokasi : Bilik VGM, Bangunan Utama, KFC
Selepas 30 tahun hidup, dan 9 tahun, 11 bulan bekerja di bawah orang, akhirnya aku menyerahkan surat perletakan jawatan di syarikat ke dua aku bekerja (sebenarnya 3, sebab yang pertama tu kat toy R us kat KL - tak kira la, kerja 3 hari je). Aku serahkannya sendiri kepada boss aku, VGM dengan disaksikan oleh Asst. Manager department aku. Aku mempunyai beberapa perancangan masa hadapan. Aku percaya dengan rancanganku. Aku nak jadi taukey la pulak.
Sebelum kata putus diberikan, aku nyatakan sebab-sebab aku nak lepaskan jawatan (selepas diminta lah). Ada 5 sebab aku nak berhenti dan kesemua sebab2 aku itu telah disanggah sendiri oleh VGM dan Asst Manager (sebenarnya, aku tak selesa ketika tu, 2 lawan 1, mana aci). Dan perbincangan itu memakan masa hampir 3 jam!! Dan hasilnya tidak berpihak kepada aku. Aku kalah dalam perbicaraan tersebut. Hasilnya, surat perletakan jawatan aku telah ditolak bulat-bulat. VGM hanya membaca sekali imbas, kemudian dia masuk dalam sampul semula dan menyerahkannya kepada aku. Aku betul-betul kecewa. Perletakan jawatan yang pertama gagal mendatangkan hasil. Aku dah karang surat tu sejak awal bulan nie (A Samad Said tulis sajak pun dah begitu punya lama).
Selama 3 jam perbincangan, VGM dah huraikan pelbagai keistimewaan aku, yang pada aku, hanyalah biasa-basa aje. Kedatangan perfect, teamwork, disiplin ketika menjalankan tugas, jujur terhadap orang lain (ala.. semua orang boleh buat) adalah antara sebab2 yang menyebabkan dia menolak perletakan jawatan aku. Tapi katanya, antara kelemahan aku adalah gagal memberi sebab yang paling munasabah untuk meletak jawatan! (Hantu Kayu!!) Dan selama 5 tahun dia jadi VGM, aku adalah orang Melayu yang pertama ditolak perletakan jawatannya (sekali lagi Hantu Kayu!!)
Aku agak boring hari nie. Kerja pun tak berapa sangat (boring siot!!). Dah la tu, hari nie QC check bunk bed aku. Nasib baik tak der masalah besar. Takat kotak ketat sikit je, ok la tu kan... Tengok la sapa buat.. muahahahaha... tension tol lah!!
Sampai rumah, kotak2 dari EDI dah sampai dah. Check punya check, dia orang salah hantar barang. Tension lagi satu hal!!! Aku mintak sample dalam paket je, tapi dia bagi botol. Dalam kiraan aku ada beza RM104.50 harganya. Ni nak pulang balik keee..tak nie ye.. kekekeke
waaaaaaaaarrggghhhhhhhhhhhhhhh!!!! NAK BERENTI KEJE LEEE!!!!!
Moralnya di sini, Kalau kita bekerja dengan baik dan hampir sempurna (manusia tak perfect beb!), Insyaallah, kita akan terus diberi kepercayaan. Tak kira apa bangsa sekali pun. Yang penting, tunjukkan keupayaan kita dulu, jika mahu orang lain tunjukkan penghormatan kepada kita.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home