Di Sebalik Jaringan Buluh
Oleh MEGAT MOHD. HISEMUDIN (Utusan Malaysia)
SAYA bergerak aktif selama hampir 10 tahun dalam persatuan bekas siswazah universiti yang ditakrifkan sebagai persatuan Cina. Kini saya terjun secara sepenuh masa dalam keusahawanan yang meniru cara perniagaan orang Cina.
Oleh itu saya akan cuba untuk memperincikan apa yang dimaksudkan dengan ‘jaringan pohon buluh’ dan bagaimana ia terbentuk dan berkembang. Di samping itu ditekankan beberapa ciri-ciri struktur perniagaan dan rahsia kejayaan orang-orang Cina dalam perniagaan untuk panduan kita bersama.
Dalam membincangkan perkara ini, kita memfokuskan kaum Cina’sebagai mereka yang telah berhijrah keluar daripada negara China sejak sekian lama dan menjadi warganegara tempat mereka bermastautin serta keturunan mereka.
Dalam erti kata yang luas kaum Cina adalah ‘Cina seberang laut’ atau dalam bahasa Cina disebut sebagai Hua Chiao. Oleh yang demikian, kita perlulah menoleh ke belakang sejarah penghijrahan kaum Cina itu sendiri dan struktur pembentukan kelompok-kelompok imigran ini yang banyak berasaskan kedaerahan atau wilayah dari mana tempat asal mereka.
Sebenarnya orang-orang Cina telah pun berdagang dan bertapak di Tanah Melayu sejak sekian lama tetapi gelombang penghijrahan besar-besaran adalah pada sekitar tahun 1850 - 1910 yang mewakili golongan buruh atau pekerja. Mereka ini tergolong dalam lima kumpulan kaum terbesar yang bertutur dalam bahasa daerah yang berlainan.
Apabila orang Cina ini datang dan bekerja di Tanah Melayu, mereka yang bercakap dalam dialek yang sama atau datang dari daerah yang sama atau mempunyai nama keluarga yang sama akan membentuk puak-puak atau persatuan-persatuan.
Sesungguhnya keperluan untuk mendapatkan bantuan dan keselamatan daripada puak-puak yang sama merupakan satu perkara yang amat penting bagi setiap pendatang Cina itu. Ini adalah kerana setiap puak akan menjaga kepentingan puak-puak mereka sendiri.
Kewujudan persatuan-persatuan ini merupakan satu struktur masyarakat yang unik dalam membentuk jalinan atau jaringan terutamanya pada peringkat awal. Jalinan perhubungan ini disebut sebagai ‘guanxi’.
Sesungguhnya asas rangkaian kerja di kalangan orang-orang Cina telah bermula setibanya mereka di Tanah Melayu lebih 150 tahun yang lalu.
Manfaatkan jaringan dalam persatuan, kaum Cina terutamanya para peniaga Cina telah mengambil kesempatan daripada jalinan ‘guanxi’ bagi mengumpul dana-dana untuk mengembangkan perniagaan sesama mereka terutamanya sebelum dan selepas Perang Dunia II.
Jual beli dilakukan melalui cara-cara atau perjanjian yang tidak formal seperti di meja mahjung atau pertemuan sosial. Ikatan perjanjian jual beli lebih berteraskan kepada xing yong atau kepercayaan antara satu sama lain.
Sesungguhnya guanxi dan xing yong adalah dua elemen teras yang membentuk jalinan lebih besar dipanggil jalinan pohon buluh.
Bangsa Cina yang terdiri daripada rakyat negara China sendiri, Taiwan, Hong Kong dan orang-orang Cina seberang laut kebanyakannya adalah berketurunan bangsa ‘Han’ atau ‘Han Ren’. Sejak 2500 tahun yang lalu, falsafah dan budaya orang-orang Cina ditunjangi oleh fahaman Konfucianisme.
Dalam ajaran Confucian, terdapat lima asas perhubungan antara manusia yang menjadi teras bagi orang-orang Cina. Maka dalam perniagaan juga, unsur-unsur ini turut memainkan peranan dalam pembentukan hubungan dan jaringan atau struktur atau model pengurusan mereka.
Lima asas perhubungan antara manusia itu dimulai dengan pembentukan diri sendiri dan kemudiannya kepada keluarga, daripada keluarga kepada pemerintahan negara.
Dalam masyarakat Cina, keluarga adalah unit asas yang menjadi tunjang kepada struktur masyarakat. Sesungguhnya ia telah menjadi satu kuasa pentadbir yang bersifat ‘menegak’ iaitu mengikut hierarki dari atas ke bawah.
Dalam hal ini, bapa adalah ketua keluarga yang biasanya mempunyai kuasa mutlak terhadap perkara-perkara berkaitan dengan keluarga dan harta benda. Manakala anak-anak dikehendaki menghormati ketua keluarga dan orang-orang yang lebih tua.
Kemudiannya, model kuasa dan hierarki ini diterjemahkan kepada perniagaan keluarga. Dalam hal ini bapa akan memainkan dua peranan iaitu sebagai bapa di rumah dan ‘bos’ dalam perniagaan keluarga. Perlu diingatkan bahawa hampir 80 peratus daripada perniagaan orang-orang Cina di Asia Tenggara diasaskan daripada perniagaan keluarga. Sesungguhnya struktur hierarki inilah yang menjadi rahsia kejayaan perniagaan kaum Cina.
Seperti yang telah dijelaskan di atas, bahawa keluarga adalah unit asas kepada struktur masyarakat Cina. Manakala kekeluargaan adalah pembesaran daripada unit keluarga.
Ini diterangkan dengan perhubungan ‘melintang’ ataupun perhubungan sama rata. Ia meliputi hubungan antara abang dengan adik dan diperluaskan kepada hubungan antara kawan dengan kawan.
Asas-asas inilah antara elemen terpenting membentuk struktur masyarakat Cina hari ini yang telah dianjurkan oleh Confucian sejak lebih 2,500 tahun yang lalu.
Apabila orang-orang Cina tiba di Asia Tenggara, kelangsungan kehidupan dan keselamatan adalah perkara mutlak.
Keperluan untuk keselamatan dan perhubungan sosial ini akhirnya telah membentuk satu jaringan yang amat berguna untuk tujuan ekonomi.
Kemudiannya gabungan ini yang biasanya disebut association atau dalam bahasa Cina gong hui atau hui guan telah menjadi satu entiti yang amat penting dalam struktur masyarakat Cina sehingga ke hari ini. Contoh-contoh yang dapat kita lihat adalah seperti Fujian Hui Guan’ atau Fujian Association yang berasaskan wilayah Fujian, Lee Shi Hui Guan atau persatuan yang berasaskan nama keluarga Lee. Mereka yang datang dari daerah yang sama akan membentuk persatuan yang dinamakan tongxiang hui.
Dalam perniagaan pula, mereka membentuk gabungan yang mempunyai jenis perniagaan yang sama atau gabungan peniaga setempat. Dari sekecil-kecil perniagaan seperti persatuan peniaga kedai kopi, persatuan pemborong binaan sehinggalah kepada persatuan yang mengendalikan perniagaan berjuta-juta ringgit.
Sesungguhnya ikatan dan kesepakatan dalam ‘Gong Hui’ inilah yang merapatkan serta menjadi benteng kekuatan kepada peniaga-peniaga kaum Cina dalam memperjuangkan kepentingan ahli-ahlinya.
Ciri-ciri pembentukan masyarakat dan perniagaan bagi orang-orang Cina seberang laut banyak dipengaruhi oleh sejarah datuk nenek mereka semasa memulakan penghidupan baru di rantau Asia Tenggara.
Sesungguhnya kedatangan orang-orang Cina ke Tanah Melayu ketika itu adalah disebabkan oleh kemiskinan dan ketidakstabilan politik di negara Cina. Oleh kerana kebanyakan daripada mereka itu datang dengan hanya berbekalkan tulang empat kerat dan tambang pelayaran mereka juga hanya akan dibayar selepas mereka ditempatkan di lombong-lombong bijih atau ladang-ladang milik orang-orang Inggeris atau tauke-tauke Cina, maka permulaan penghidupan mereka bolehlah dikatakan amat daif sekali. Dalam bahasa Inggeris, mereka digelar coolies dalam bahasa Melayu disebut kuli, tetapi dalam bahasa Cina ‘ku li’ (dibaca khu li) bermakna bekerja keras. Nilai-nilai ku li inilah yang menjadi salah satu ciri-ciri kuat bekerja dalam masyarakat Cina terutamanya dalam perniagaan mereka.
Sebenarnya yang membuatkan orang-orang Cina suka berniaga bukanlah lahir daripada ajaran Confucian yang asal. Ini adalah kerana dalam sistem sosial Confucianisme, golongan sarjana dan ilmuwan menduduki hierarki yang paling tinggi dalam masyarakat.
Manakala golongan peniaga tidak dihormati dan tidak mendapat kedudukan yang sewajarnya kerana mereka dianggap suka mengambil untung yang berlebihan dan menindas.
Setelah ajaran Confucian ditafsirkan semula maka ia telah mencetuskan satu semangat baru yang menjurus kepada pembentukan kapitalisme Cina.
Berniaga adalah satu kerjaya yang amat mulia dan golongan peniaga menjadi satu simbol kejayaan dan kekayaan bagi seseorang serta sering diangkat sebagai pemimpin masyarakat.
Tradisi orang Cina adalah untuk memperkayakan keluarga dan segala harta benda akan diwarisi oleh anak cucu. Hanya dengan berniaga sahaja maka perniagaan tersebut akan diwarisi oleh generasi seterusnya.
Monopoli
Konsep perniagaan orang Cina adalah mudah, mereka akan menumpukan satu-satu perniagaan itu terlebih dahulu. Setelah ia berjaya dan kadang-kadang menjadi monopoli, maka barulah ia mengembangkan kepada perniagaan yang lain.
Manakala di antara peniaga-peniaga Cina, mereka suka lengkap melengkapi sesama mereka dan sedaya mungkin mengelak berlakunya pertembungan atau lebih tepat perniagaan yang sama.
Justeru, ia mewujudkan satu kitaran. Jika seseorang peniaga itu telah menjual sesuatu barang, maka orang-orang lain akan cuba menjual barang atau perniagaan yang tidak ada kena-mengena dengan perniagaan kawannya itu. Jika terpaksa menjual barang yang sama atau hampir sama, mereka akan menggunakan pendekatan yang lain pula dalam persaingan.
Persaingan digalakkan dalam masyarakat perniagaan Cina, ini adalah kerana melalui persaingan ia akan meningkatkan kecekapan, produktiviti, kemahiran dan kreativiti.
Dalam persaingan tentu ada yang menang dan ada yang kalah. Yang menang tidak semestinya dapat membolot segala-galanya, manakala yang kalah tidak hilang segala-galanya. Sebaliknya mereka akan bekerjasama dalam satu situasi menang-menang dan segala faedah akan dinikmati bersama.
Dalam masyarakat perniagaan Cina jarang terdapat perasaan hasad dengki seperti apa yang sering kita lihat dalam masyarakat Melayu.
Mereka percaya seseorang peniaga itu tidak boleh wujud tanpa mengambil kira peranan peniaga lain terutamanya untuk mendapat bekalan daripada peniaga lain dan memelihara hubungannya dengan para pelanggan.
Mereka membantu antara satu sama lain dan sering mewujudkan satu komuniti yang berteraskan kepercayaan antara ahli-ahli perniagaan. Sekiranya ada di kalangan mereka yang melanggar etika perniagaan, biasanya mereka akan dihukum dan dipulaukan terutamanya dalam mendapatkan bekalan.
Dalam terjemahan yang ringkas, ‘guanxi’ bermakna ‘perhubungan’ atau ‘connections’. Tetapi dalam konteks praktikalnya, ia didefinisikan sebagai satu sistem perhubungan sosial dan komersial yang berteraskan kepada ‘xingyong’ atau kepercayaan antara satu sama lain.
Perlu ditekankan bahawa ‘guanxi’ adalah perhubungan peribadi yang diasaskan kepada perhubungan kawan dan kawan seperti yang telah dianjurkan oleh Confucian.
‘Guanxi’ berperanan untuk membina perhubungan peribadi dan dalam masa yang sama ‘guanxi’ juga digunakan untuk membina perhubungan jaringan yang lebih besar dikenali sebagai ‘guanxiwang’. Dalam bahasa Cina ‘wang’ bermakna jaring atau jaringan.
Biasanya ‘guanxi’ yang paling rapat ialah di kalangan ahli keluarga sendiri kerana ia percaya kepada keluarganya atau elemen ‘xingyong’ lebih diutamakan.
Sebab itulah orang-orang yang di luar ‘quanxiwang’ adalah begitu sukar untuk menembusi benteng yang telah dibina sekian lama oleh orang-orang Cina sama ada di kalangan mereka sendiri ataupun dengan pihak birokrasi.
‘Guanxi’ yang lebih lebih besar dikenali sebagai atau ‘jaringan pohon buluh’. Tidaklah dapat dipastikan mengapa ia dikenali sebagai “bamboo networks”, tetapi mengikut tafsiran saya ia mungkin berasaskan kepada dua fakta:
i. Buluh adalah pokok yang paling hampir dengan masyarakat Cina. Buluh menjadi inspirasi pelukis Cina yang sering dicoretkan di atas kanvas. Sejak dari asal huruf dicipta, orang-orang Cina menulis di atas buluh. Buluh juga menjadi asas untuk membuat kertas oleh orang-orang Cina. Manakala setiap waktu makan, orang-orang Cina akan menggunakan chopstick yang diperbuat daripada buluh.
ii. Atas sifat buluh itu sendiri ia tumbuh menjadi perdu yang besar, yakni membiak sebagai keluarga yang besar. Ciri-ciri ketahanannya memang diakui kuat. Manakala setiap ruas buluh disambungkan dengan sendi-sendi (atau buku) iaitu melambangkan jalinan yang padu antara satu sama lain. Ia bertepatan dengan istilah ‘quanxi’.
Kewujudan Bamboo Networks yang melangkaui batas-batas kenegaraan lebih ketara semasa era Deng Xiao Peng kerana polisinya membuka bahagian persisiran selatan negara China untuk menerima pengaliran modal dalam bentuk kapitalis. Sejak itu ramai Cina seberang laut terutamanya dari Asia Tenggara, Taiwan dan Hong Kong melabur ke negara Cina. Melalui jaringan dan peluang yang tersedia, ramai di kalangan Cina seberang laut ini juga telah membentuk usaha sama antara satu sama lain.
Begitu juga bagi peniaga-peniaga kaum Cina di Malaysia, mereka telah lama membuat jalinan dengan rakan-rakan mereka sama ada di Taiwan, Hong Kong, Singapura ataupun negara Cina.
Selain daripada memiliki persamaan budaya dan bahasa, mereka telah menjalin hubungan ‘guanxi’ sebagai bangsa serumpun walaupun ia dari negara-negara yang berlainan.
Jalinan ini juga telah teruji dapat membantu para usahawan Cina keluar daripada kemelut ekonomi tahun 1997 sedangkan ramai peniaga atau usahawan Melayu gulung tikar.
Sebagai kesimpulannya, tidaklah mudah bagi orang-orang Melayu untuk meniru bulat-bulat ‘jaringan pohon buluh’ seperti yang diamalkan oleh peniaga Cina. Kerana di sebalik terdapat elemen sejarah, budaya, bahasa, pemikiran, kefahaman, kepercayaan, struktur masyarakat dan sebagainya yang agak berlainan dengan orang-orang Melayu.
Oleh itu kita haruslah memikirkan apakah model yang sesuai untuk orang Melayu di samping tidak meminggirkan elemen-elemen murni tertentu dalam ‘jaringan pohon buluh’.
Bagaimanapun saya optimis bahawa akan terdapat interaksi antara kelompok-kelompok masyarakat perniagaan Cina dan Melayu dan saling tolong menolong antara satu sama lain.

Nota Kaki
Aku amat tertarik dengan artikel ni. Budaya niaga masyarakat Cina sewajarnya dicontohi oleh masyarakat Melayu. Antara intipati yang penting bagi aku adalah wujudnya semangat saling melengkapi antara satu sama lain. Semangat inilah yang tiada dalam diri usahawan Melayu. Ambil sahaja perniagaan paling mudah, gerai nasi lemak. Di Dalam sesebuah kampung, kita pasti ternampak beberapa gerai nasi lemak. Suasana ini sebenarnya tidak menguntungkan. Yang lebih menguntungkan adalah jika seorang jual nasi lemak, orang lain supply beras, ikan bilis, cili, telur dan lain-lain. Ini tidak, sudah lah bersaing sesama sendiri, wujud pula hasad dengki, iri hati dan sebagainya. Jika ini terus berlaku, malanglah bangsa Melayu......:(
3 Comments:
Ezad, secara x sengaja saya terjumpa blg anda yg memuatkan rencana saya yg pernah diterbitkan dlm Utusan Malaysia tahun 2006 iaitu "Di sebalik Jaringan Buluh". Sebenarnya ia adalah sub-title daripada keseluruhan ceramah saya untuk satu persatuan di Uitm. Untuk tujuan siaran di Utusan, saya olah kembali. Maaf le, sbb dah 4 tahun berlalu br saya jumpa blg anda.
Sebenarnya saya banyak menerima komen drp byk pihak tentang isi kandungan tulisan saya itu. Klu nak hubungi saya blhlah ke megathisemudin@google.com
Megat Mohd Hisemudin
7/11/2011
Assalamualaikum En Megat
Mengenai artikel saudara yang saya copy-paste ke dalam blog saya Mencari Damai Abadi.
Di sini saya ingin memohon maaf di atas tindakan saya menampal artikel saudara ke dalam blog saya tanpa kebenaran. Saya amat tertarik dengan artikel tersebut dan berasa ingin kongsikan dengan rakan-rakan blog. Sekiranya saudara mahukan saya menarik balik artikel tersebut (kerana mungkin menyalahi undang-undang), maka saya akan padamkan dari blog tesebut.
Namun begitu, jika saudara ada apa-apa link tentang artikel-artikel saudara, saya amat berbesar hati sekiranya dapat dikongsi bersama.
* Cuba hubungi alamat email yang tertera, tapi tak boleh pula..
Baru ada masa nak hubungi sdr. email saya tersilap sikit, nak tulis gmail tertulis google. jadi emailnya megathisemudin@gmail.com
Sebenarnya banyak artikel saya tersiar dlm majalah & akhbar dlm pelbagai tajuk. Dlm Utusan saya selalu hantar samada dlm forum atau rencana. Bukan nak bayaran sgt tp seronok tulis. saya mula menulis di akhbar sejak sek menengah lagi berlarutan smpi universiti.
sya bukanlah penulis, tpi seorang jurutera merangkap usahawan. Saya memang terddik dlm sekolah cina dan graduate dari Rep. of China.
Sbb itulah saya byk menulis berkaitan dgn orang cina. dan kadang2 membuat translation dari Chinese ke BM. Dlm Utusan ada 2 lg artikel yg termasuk dlm ARKIB dan blh sdr baca. Yg x msk ARKIB tak dpt la. Bagaimanapun ia masih berkisar pada Melayu & Cina. Pasal pendidikan, mentaliti dan sebagainya.
Post a Comment
<< Home