Monday, February 02, 2009

Bayangkan Kuala Lumpur Tanpa Sistem Rel

Artikel dari Utusan Malaysia, 2.2.2009

IBU negara masih bercuti hari ini setelah semalam warga Kuala Lumpur (KL) serta Putrajaya dan Labuan menyambut Hari Wilayah Persekutuan. Suasana di ibu kota tidaklah 'kelam kabut' atau 'kalut' seperti yang melanda politik Perak Darul Ridzuan. Mengambil sempena kedamaian sambutan Hari Wilayah Persekutuan semalam diharapkan juga kekalutan politik di Perak tidak akan menjejaskan sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang bermula esok. Di Kuala Lumpur, bermula Sabtu lalu menjelang Tahun Baru Cina sehinggalah semalam, warga kota boleh menarik nafas lega apabila jalan raya tidaklah seteruk pada hari-hari biasa. Laluan lebih mudah apabila warga kota bercuti panjang sehingga hari ini. Apatah lagi cuti perayaan Tahun Baru Cina jatuh ketika gaji mula masuk dan mereka mengambil kesempatan pulang ke kampung dengan menambah cuti tahun sebanyak tiga hari - Rabu, Khamis dan Jumaat - mungkin hari ini mereka baru kembali ke ibu negara untuk mula bekerja esok.

Mulai esok dan hari-hari seterusnya, KL akan kembali seperti biasa - sesak di sana sini - dan mungkin menjelang Jumaat depan, akan reda sekali lagi kerana warga kota dan di Lembah Klang bakal bercuti tiga hari kerana sambutan Thaipusam jatuh pada hari Ahad.

Kesesakan di KL bukanlah perkara baru dan Kementerian Wilayah Persekutuan tidak pernah berhenti untuk merancang pelbagai laluan bagi mengurangkan kesesakan. Maka tidak hairanlah, beberapa kawasan jalan raya yang sesak di ibu negara sedang diperbesar dan diubahsuai. Dan pada masa yang sama menimbulkan sedikit masalah kepada kelancaran kenderaan.

Bayangkan suasana di KL pada hari ini jika pusat pentadbirannya tidak dipindahkan ke Putrajaya. Bayangkan juga jika tidak ada sistem pengangkutan rel - komuter, transit aliran ringan (LRT) dan monorel.

Sukar untuk membayangkan KL tanpa sistem pengangkutan rel ini. Bayangkan mereka yang menggunakan LRT, komuter, monorel terpaksa memandu kereta sendiri memasuki ibu negara, menaiki bas atau teksi yang memenuhi setiap ruang di jalan raya. Jumlah kenderaan pula tidak mampu disekat untuk bebas bergerak di ibu negara.

Justeru sistem pengangkutan awam masih banyak yang perlu diperbaiki. Seperti yang diselak pada minggu lepas mengenai sistem pengangkutan komuter, Kementerian Pengangkutan atau pihak yang bertanggungjawab dengan sistem ini perlu melakukan sesuatu bagi memenuhi permintaan penumpang yang terus meningkat. Atau mungkin diserahkan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan untuk memastikan KL benar-benar bebas daripada kesesakan dan muncul sebagai bandar raya moden.

Kita mengalu-alukan kenyataan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi semalam, bahawa kerajaan komited untuk memperbaiki dan membangunkan lagi sistem pengangkutan awam di KL walaupun rancangan awal RM4 bilion yang diumumkan untuk tujuan itu tidak menjadi kenyataan.

Dalam hubungan ini sokongan kementerian dan agensi tertentu amat diperlukan supaya seperti harapan Pak Lah, perkhidmatan yang diberikan kepada warga Wilayah Persekutuan khususnya KL adalah perkhidmatan yang baik, cekap dan mesra.

Memang sistem pengangkutan awam di KL khususnya yang melibatkan bas henti-henti sudah banyak berubah. Tidak ada lagi bas Tong Fong, Foh Hup, Sri Jaya, Len Seng dan bas mini.

Sempena Hari Wilayah ini juga, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga perlu melihat semula laluan khas bagi pengangkutan awam - bas dan teksi - di laluan tertentu yang dulu digunakan seketika tetapi pada hari ini di sesetengah laluan boleh dikatakan ikut selera pemandu - siapa saja boleh memasuki laluan itu! DBKL, buatlah apa yang patut.

Kesesakan di KL tidak akan selesai sekiranya pengangkutan awam tidak cekap. Semua situasi yang berkait rapat dengan kelemahan sistem pengangkutan awam yang ada pada hari ini hanya menakutkan pengguna untuk menggunakan pengangkutan awam. Bagi mereka, sistem yang ada tidak boleh dipercayai. Seperti yang dikatakan minggu lalu sistem komuter misalnya sering dihantui gangguan yang menakutkan - pengumuman tren mengalami kelewatan, tren dibatalkan, tren tertahan, tren terlalu padat dan macam-macam lagi yang merimaskan para pengguna.

Jangan lupa pula Putrajaya. Sesuatu perlu dilakukan segera sebelum keadaan menjadi teruk. Pusat pentadbiran kerajaan itu yang dibangunkan dengan tujuan mengehadkan kemasukan kenderaan perlu diberi perhatian serius. Mungkin keadaan hari ini belum serius tetapi pada masa depan bagaimana? Adakah Putrajaya juga akan mengalami kesesakan seperti KL tanpa sistem rel yang boleh dipercayai?

Semua ini harus dirancang dan dicari jalan penyelesaiannya mulai sekarang. Tidak perlu menunggu kesesakan menjadi bertambah parah. Perancangan yang dibuat sudah ada tetapi bagaimana pelaksanaannya? Apa pun tahniah kepada empat rakan pemimpin media yang menerima anugerah Datuk dan Datuk Seri hari ini sempena Hari Wilayah Persekutuan.

.......................

Kisah aku dan pengangkutan di Kuala Lumpur

Aku mula merantu ke KL sejak tahun 1995. Masa tu duduk di Ulu Klang. Masa tu kat Ulu Klang tu, MRR2 dalam pembinaan lagi. Seingat aku tahun tu belum ada Intrakota, tapi jalan-jalan di KL tu dipenuhi oleh bas-bas mini pink/putih. Apesal pilih pink pun aku tak tau.

Selama 10 tahun menetap di Kay El, pelbagai pengalaman aku tempuhi. Pernah dari Puduraya ke Wangsa Melawati naik teksi, kena caj RM30.00. Masa tu, masih baru, tak tau bas apa nak naik.

Masa duduk di Wangsa Melawati, aku selalu menggunakan perkhidmatan bas mini nombor 20. Masa tu stesennya di Taman Permata Kepada yang tak tau, Wangsa Melawati tu sebelah Taman Permata je. Kadang-kadang boring tak der buat apa-apa, aku naik la bas tu dari Taman Permata sampai Pasar Seni. Sampai Pasar Seni aku tak turun, aku balik semula ke Taman Permata dengan bas yang sama. Masa tu, perjalan pun lama gak. Maklum la, jalan jem satu hal, bas pulak kejap-kejap berhenti (turun/naikkan penumpang).

Masa duduk di Sentul dan bekerja di Taman Permata, aku naik bas hijau dari Taman Melati. Dari Sentul ke Taman Melati aku naik bas mini no 15 kot.

Tunggu bas depan Bangkok Bank (ada lagi ke?). Sambil hisap rokok, aku tengok gelagat konduktor bas mini tu..

Chow Kit! Pertama! Sogo!

Chow Kit Pertama! Sogo!

Masuk dalam lagi.. masuk dalam lagiii!!

Antara dialog2 konduktor bas mini ketika itu :)

Lepas tu, khidmat bas mini diambil alih oleh bas Intrakota. Masa zaman bas Intrakota ni, aku jarang naik sebab dah biasa join kawan-kawan. Gi mana-mana pun naik motor ataupun kereta dengan dia orang je.

Akhirnya sistem rel. Zaman-zaman ni, aku dah pakai kereta sendiri. Tapi aku suka naik LRT. Selalu naik Putra LRT dari Taman Melati sampai Masjid Jamek. Transit naik STAR LRT lak. Kadang-kadang naik Komuter ke Shah Alam...

Kenapa aku suka naik LRT? Sebab paling utama adalah, kerusinya dibahagian tepi, apabila aku berdiri, aku akan berdiri depan aweks2, amoi2 pakai baju dedah dada lak tu.....

Tapi kalau aku duduk, bayangkan yang berdiri depan aku tu, aweks2, amoi2 pakai skirt pendek, baju lak nampak pusat

waahhh.. terasa sungguh lajunya LRT tu bergerak, sedar-sedar je dah sampai ke destinasi...

ceh!!


SELAMAT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN

4 Comments:

Blogger famia said...

hehe.
so.. ko wangsa melawati jalan bape?
dulu /27A.. /27C../27D..
skang dah takde..
sume tukar jadi nama..
wangsa perkasa.. wangsa ceria.. wangsa murni..

dulu aku pon naik bas intrakota gak. gi sg wang zaman skolah..
bas nombo 20.
penat nak mati tunggu dr tmn melawati.. dekat nk stgh jam.. kdg dekat sejam.. fuh..

kat bangkok bank ade je lagi stesen bas.. tak berubah pon..
bangunan2 dia je berubah..

tapi..
walaupun ade monorail..star..putra..
bas intrakota ngn bas metro (ade lagi ke bas metro).. tetap sarat mcm sardin.. tak berubah pun.

2:30 PM  
Blogger Ezad said...

famia
aku pun dah lupa, mcm 27C je..
lepas aku dok wangsa melawati, aku pindah padang balang, kemudian ke Zoo View, kemudian ke Desa View Towers

berapa tambang bas intrakosa sekarang. dulu 90 sen kan?

ehehe.. lupa sudah

bas sarat macam sardin tu standard. bas mana yg tak pernah sarat..

basikal je yg tak sarat

itu takkan berubah punya. selagi ada bas, selagi tu la ada istilah bas sarat macam sardin

9:58 PM  
Anonymous Anonymous said...

amboi...gatal nooo bunyik...

laju jek lrt tu kan kalo ade aweks manis...

same r...kalo ade mamat ensem...rase mcm cepat jek sapa kat destinasi...hahahaha....

6:50 PM  
Blogger Ezad said...

emma
bunyi je cam gatal.
sebenarnya, nakal..

ehehe

10:08 PM  

Post a Comment

<< Home