Thursday, January 08, 2009

Boikot

Bismillah...

Apa sumbangan kita demi membantu saudara seagama kita di sana?

Kecam?
Kutuk?
Tunjuk perasaan?
Boikot barangan barat/Israel?

Lagi?

Mereka boleh buat lebih dari itu, walaupun umat mereka tak ramai. Sebab, mereka mempunyai rangkaian yang saling lengkap melengkapi.

Umat kita, punya la ramai, Minyak ada, ilmu ada, tapi tak bersatu. Semua ikut telunjuk kuasa asing. Merdeka hanya pada nama. Dalam minda, semuanya terjajah..



10 Comments:

Blogger MK said...

satu yg aku susah nak boikot


GAP

1:29 AM  
Blogger torashah said...

Salam..

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Persatuan Ulama Malaysia (PUM) hari ini membuat laporan polis terhadap laman web Malaysiakini kerana menyiarkan satu rencana yang menghina pemimpin Islam serta memperlekehkan usaha rakyat di negara ini memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang kini ditindas rejim Israel.

Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi PUM Cawangan Wilayah Persekutuan, Mohamad Hadi Ahmad Talhah di Balai Polis Brickfields di sini pada pukul 2 petang.

Turut disertakan dalam laporan tersebut, satu salinan rencana yang berjudul Abdullah's anti-Israel Posturing yang disiarkan dalam portal tersebut kelmarin.

Menurut Mohamad Hadi, rencana itu yang ternyata menyokong tindakan Israel telah mengguris hati serta membangkitkan kemarahan orang Islam.

''Berikutan itu, PUM meminta Malaysiakini supaya menarik semula rencana terbabit serta-merta dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

''Jika tidak, kami minta kerajaan bertindak tegas dengan menggantung atau menarik permit operasi portal berita berkenaan,'' katanya yang ditemui selepas membuat laporan polis di sini hari ini.

Kandungan rencana itu antara lain memperlekehkan usaha semua pihak yang ingin membantu rakyat Palestin daripada cengkaman tentera Zionis termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut disifatkan seorang yang hipokrit dalam memperjuangkan isu Palestin.

Orang ramai termasuk NGO yang menyertai demonstrasi membantah kekejaman Israel turut dituduh menerima upah untuk tujuan tersebut.

Selain itu, ia juga mempersoalkan tindakan negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dalam menangani isu Palestin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika ditemui pejabatnya di sini, mengesahkan polis menerima laporan berkenaan.

Salam perjuangan.

9:11 AM  
Blogger tipahvogue said...

sadis la tgk biter semalam...huhuhu

10:58 AM  
Blogger Ezad said...

Babe
GAP?
kekeke.. sokonglah GAP!

Torashah
Ya Allah, kau turunkanlah bala kepada penulis-penulis laman web Malaysiakini yang cuba memporak perandakan tanahair kami..

amin

tipahvogue
itulah nasib umat Islam

10:03 PM  
Anonymous Anonymous said...

sib baek fon aku sony ericsson...

tp laptop ade can intel...nk buang...aduhai...bukan beli ngan bulu...muahahaha...

insayAllah i'll try my best boikot brgn israel ngan amerika...hiiyaaaa....

3:52 PM  
Blogger Panglima Perang Cyber said...

cari barang kita boleh boikot dulu mcm mcdonald dan starbucks..

yang tak melibatkan kepentingan rakyat..

macam careffour mungkin kita kena slow sikit sebab ramai rakyat kita juga kerja di sana.

itu antara tips memboikot pada pandangan sayalah.

kita try our best utk boikot.

salam perjuangan..

ada masa jom tengok 'wajah' baru blog saya..

bagi komen sikit.. salam

7:34 AM  
Blogger famia said...

carefour..
boleh kot boycott..
alhamdulillah ade giant.

mdC.. KFC..
boleh lagi.
aku bukan penggila makanan segera tu.

Maggi.
iskk.. tang ni mencabar..

Kotex..
aiseh.. dah kena tukar ni.

Tesco.
aku belum pernah masok tesco.

nokia.
iskk.. aku tak mampu nak buang ensep lagi. takde duit nak beli baru.

yang penting..
berdoa jelah kuat2 rasanya.
kan.

11:43 PM  
Blogger arsaili said...

salam..ya kata kuncinya umat Islam kena bersatu..padahal negara Islam ramai yg kaya raya...apakah?

11:50 PM  
Blogger Ezad said...

This comment has been removed by the author.

12:12 AM  
Blogger Ezad said...

emma
tak pe.. yg dah beli tu pakai la.

Panglima
Boikot habis habisan..
banyak lagi kedai lain

famia
belilah barangan buatan malaysia

arsaili
betul. pasal depa kaya la depa tak nak tolong!
bila susah, tau pulak mintak tolong!

12:15 AM  

Post a Comment

<< Home