Monday, March 30, 2009

Perubahan Dalam UMNO?

Bismillah...

Mungkin belum terlewat untuk aku mengucapkan tahniah kepada pemimpin-pemimpin baru dalam UMNO.

Kepada yang kalah pula, usahlah terlalu kecewa. Kerana anda sendiri pernah mengatakan bahawa jawatan bukanlah sesuatu yang perlu untuk berkhidmat kepada rakyat. Tanpa jawatan pun, kita masih boleh berkhidmat, tak gitu?

Perubahan yang agak besar juga. Bahkan, kehadiran mantan presiden ke-5 juga dilihat sebagai petanda bahawa semangat baru telah wujud dalam parti melayu itu. Beliau dikatakan akan bergandingan dengan pengganti beliau untuk membantu presiden baru.

Sedikit kekecewaan apabila seorang pesalah rasuah telah dipilih menjadi pemimpin. Mungkin benar, kita kena beri peluang kepadanya. Tapi persepsi rakyat terhadap parti agak buruk ketika ini gara-gara politik wang. Tapi apabila seorang pengamal politik wang dipilih, sedikit sebanyak ianya menjejaskan perubahan yang bakal dilakukan oleh presiden baru. Walau apapun, diharapkan ketua pemuda itu akan berusaha lebih gigih untuk menawan hati rakyat. Tapi, jika rasa tak mampu, serahkan saja kepada orang lain. Jangan dah jadi barah, baru nak lepas jawatan. (Kemenangan beliau, merencatkan niat aku untuk jadi ahli).

Kepada ketua wanita yang baru, tahniah. Harap perbanyakkan program-program yang untuk kaum ibu khususnya di kampung-kampung. Bukan sekadar kelas memasak dan kelas menjahit sahaja. Buat lah program-program jangka panjang yaang mampu menambahbaik sosio ekonomi ibu-ibu di kampung.

Kepada kelab merah jambu (waa.. jambunyaaaa..), syabas juga kerana dapat ketua baru. Dekatilah golongan gadis-gadis diseluruh pelusuk negara. Bukan ingin mengutuk, tapi pada aku, gadis-gadis melayu hari ini kurang karisma berbanding gadis-gadis kaum lain. Memang aku akui, golongan gadislah paling ramai yang menuntut di universiti. Tapi selepas grad dan memasuki pasaran kerja, mereka tak mampu memberi saingan. Mereka juga dilihat kurang motivasi untuk bekerja dengan kaum lain. Lawan la sikit!

Apa tugas uniform merah jambu? Adakanlah pelbagai program agar jiwa gadis-gadis melayu ini terisi dengan sifat berjuang. Mereka hanya gah dalam kelompok sendiri sahaja. Bila berdepan dengan kaum lain, mula la tersipu-sipu kemalu-maluan.

Apa perubahan yang hendak dilakukan oleh UMNO?

Perkara yang menarik bagi aku adalah mereka ingin memberi peluang kepada lebih ramai ahli memilih pemimpin. Sekarang ni, dari 3 juta orang, hanya 2000 sahaja yang memilih. Dan kadang-kadang pemilihan itu bukan berlandaskan aspirasi akar umbi. Sesuatu yang sangat dialu-alukan.

Disebabkan UMNO adalah tunjang kepada parti Barisan Nasional, aku ingin mencadangkan agar
diadalah mesyuarat Barisan Nasional pada peringkat bahagian. Ini bagi membolehkan BN mengenalpasti masalah-masalah disetiap kawasan parlimennya. Ianya tidak akan hanya diselesaikan oleh satu-satu parti komponen sahaja. Oleh yang demikian, setiap masalah di kawasan parlimen diselesaikan secara muhibbah oleh ahli. Disamping itu, mereka juga boleh adakan pelbagai program bersama-sama. Tak der la Melayu hanya selesa dikalangan mereka sahaja.

Semoga perubahan yang dicanang akan membawa manafaat kepada agama, bangsa dan negara.

Selamat berkhidmat...

2 Comments:

Blogger tipahvogue said...

entry politik? owh, aku tak berani nak komen!! sebab aku sendiri pening dengan cara orang main politik nih!! tak paham...tak paham!

9:17 PM  
Blogger Ezad said...

tipah
ha... politik itu seni.. :)

9:41 PM  

Post a Comment

<< Home