Sunday, November 01, 2009

Sekolah 1 Aliran?

Bismillah

Boleh ke?

Rasanya boleh kot. Tatkala sesetengah orang dok sibuk tentang hak dan kesamarataan, tiadanya ketuanan sesuatu bangsa, penghapusan hak istimewa kaum-kaum tertentu, maka sekolah juga seharusnya tidak ada sekolah jenis itu, sekolah jenis ini. Yang ada hanyalah sekolah kebangsaan. Pabila sekolah 'jenis-jenis' ini dihapuskan, seluruh rakyat tak kira warna kulit akan berada di sekolah yang sama, menggunakan bahasa yang sama dan melakukan segala aktiviti bersama.

Persoalannya, tatkala mereka sibuk dengan ketuanan rakyat, sanggup ke mereka menghapuskan sekolah 'jenis-jenis' ni?

Jangan dok sibuk nak hak orang lain, tapi hak sendiri tak mau dikorbankan.

Walau apapun, terpulang la kepada rakyat. Kalau nak 1 aliran, kerajaan boleh bagi. Nak pelbagai aliran pun kerajaan boleh bagi. Kerajaan sekarang, katanya memahami denyut nadi rakyat...


.......

Hoben Jang Hoben!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home