Monday, June 27, 2011

Tukar Fesyen

Bismillah..

Saban hari, kami hanya memakai T-shirt ke pejabat. Tiada sekatan atau halangan tentang pakaian kami. Sehingga lah kami dapat seorang COO baru. Beliau mengeluarkan arahan supaya semua pekerja pejabat mengenakan pakaian yang sesuai. Dalam erti kata lain, kami tidak lagi dibenarkan pakai t-shirt, jeans, berseliper dan sebagainya.

Aku, sangat simple. Tiada istilah fesyen bagi aku. Cumnya, memang dari dulu aku tak pakai jeans. So kebiasaannya, aku hanya memakai t-shirt dan berseluar slack. Ketika memandu, aku biasanya memakai seliper. Sampai di parking kereta depan pejabat, aku akan sarungkan stokin dan safety boot aku. Tapi bila sampai kat workstation, selalunya aku akan buka semula stokin dan safetyboot lalu mengenakan seliper ASADI aku. Kalau tak pun, masa nak solat aku tukar. Itu rutin harian aku.

Setelah menerima notis tu, aku selak almari. Memang banyak kemeja. Tapi kemeja tu dan berapa tahun tak pakai. Bau ubat gegat ada la. So, tadi aku longgokkan yang mana rasa perlu dibasuh. Kemudian aku masukkan dalam besen, rendam... huhuh..

Lepas ni, kena iron baju la pulak... aiyakkk!!!

Dapat surat - naik gaji & naik pangkat.. hihihih

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home