Saturday, October 08, 2011

Bajet 2012 - Penjawat Awam Sakan

Bismillah...

Semalam Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan membentangkan bajet untuk tahun 2012. Bertemakan Dasar Transformasi Nasional : Bajet Membela Rakyat, Mensejahterakan Negara, bajet kali ini dilihat lebih menyeluruh dengan memberi kesan langsung kepada golongan akar umbi melalui pemberian pelbagai insentif.

Namun, kami ingin memberi penekanan terhadap durian runtuh yang diterima oleh penjawat awam. Dengan bonus 1 bulan gaji, kenaikan gaji tahunan, pertambahan had umur persaraan dan pengenalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia sudah pasti membyatkan mereka tersenyum lebar.

Tidak dinafikan, mungkin ada dikalangan penjawat awam yang sinikal terhadap apa yang diterima (kerana berada dalam kem pembangkang), namun hakikat yang harus diterima bahawa kerajaan prihatin dengan 'usaha' mereka selama ini.

Bercakap tentang USAHA, diharapkan pada tahun 2012, pegawai-pegawai kerajaan khususnya pada mereka yang bekhidmat secara terus kepada rakyat akan mempertingkatkan mutu perkhidmatan mereka. Lapang-lapangkan lah pintu pejabat untuk menerima kedatangan rakyat yang mungkin hendak membuat laporan, meminta kelulusan, membuat permohonan dan sebagainya. Bukalah semua kaunter-kaunter yang ada. Jangan lah ada 5 kaunter - 3 tutup, 2 je buka dengan memberi alasan pegawai bercuti.

Tingkatkan produktiviti anda. Kurang-kurangkan lah melepak di kafeteria, murah-murahkan lah senyuman (jangan bimbang - kami tak terpikat) dan yang paling penting keikhlasan untuk berkhidmat. Jangan la makan gaji di sana, tapi maki hamun - hentam macam2, kan?

Semoga usaha semua penjawat awam di Malaysia dirahmati - tahniah!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home