Tuesday, June 26, 2007

Gaji Minimum Pekerja Swasta

Bismillah
Selepas isu kenaikan gaji kakitangan kerajaan diluluskan, kini timbul pula isu gaji pekerja swasta. Mereka berpiket meminta kerajaan meluluskan gaji minimum pekerja swasta sebanyak RM900.00. Setuju ke? Ye la, bagi yang gaji sekarang kurang RM900.00, memang la setuju, kan? Kalau aku pun, aku bersetuju sangat.
Soalnya sekarang, kalau aku nak buka kedai, dan aku perlukan seorang pembantu kedai, perlukah au membayarnya RM900.00 juga? Kalau macam tu, tak ada lagi la jawatan pembantu kedai lepas ni. Dah semua nak gaji macam kerani, baik cari kerja jadi kerani je kan?
Lepas ni, tak adalah syarikat yang akan mengambil pekerja-pekerja yang sedang menunggu keputusan peperiksaan. Dari ambil mereka, lebih baik ambil pekerja yang dah habis belajar.
Pemandu lori, kelendan lori, operator pengeluaran, semua itu pekerja swasta. Mereka jua berhak untuk dapat gaji minimum RM900.00. Sudahnya, makin ramai la pekerja asing lepas ni. Pekerja asing, mereka bayar M200 - RM300 sahaja.
......................................
Yang berpiket orang kita. Tapi yang punya syarikat, orang dia. Apa kes?

3 Comments:

Blogger Purpleheart said...

Betul juga, kalau dah ada gaji mininum ni, pastinya ramai tokeh akan utamakan orang luar dari orang tempatan. Susah juga ya..

Dulu lepas SPM, pernah kerja kedai buku, dalam tahun 1994. Masa tu kerja pembantu kedai buku sekolah gajinya rm300. Kira mewahla juga masa tu. Kalau dah ada gaji minimum ni, pastinya budak-budak sekolah zaman sekarang tak merasa nak kerja macam dulu. Baik amik permanent terus. Jimat sikit.

9:12 AM  
Blogger NONIE AZIZ said...

betui jugak daripada keje kerani baik jadi tea lady ke..yang senang2 jer...

5:27 PM  
Blogger Ezad said...

purpleheart
botak la tokey kedai nanti. pembantu kedai gaji rm900.00

mama
akan jadi situasi begini:-
pekerja : dari kerja kerani, baik jadi cleaner. rm900.00 juga
taukey : dari bayar orang clean opis aku, baik aku buat sendiri. jimat rm900.00

akhirnya, yang tak bekerja, org kita juga

10:20 PM  

Post a Comment

<< Home