Thursday, June 28, 2007

Perihal CTOS

Bismillah
Credit Tip Off Services Sdn. Bhd (CTOS), satu nama yang sangat ditakuti oleh peminjam-peminjam. Rupa-rupanya perkhidmatanya tidak pernah diiktiraf oleh kerajaan. Tapi bank-bank kat Malaysia ni, semua buat rujukan nama peminjam kat syarikat ni. Pada mulanya, aku ingatkan CTOS ni salah satu bahagian dalam kerajaan, rupa-rupanya syarikat swasta sahaja. Sungguh mengelirukan. Cuma CCRIS sahaja yang merupakan sistem di Bank Negara. Ada yang mengatakan bahawa kalau nama anda dah tersenarai dalam CTOS, sampai bila-bila pun nama anda akan tersenarai, walaupun hutang lapuk anda telah dilangsaikan.
So, kepada anda yang namanya tersenarai dalam CTOS, usah bimbang lagi. Cuma dinasihatkan, langsaikanlah hutang piutang anda. Semoga hidup anda lebih diberkati.
*Entry ni tak ada kena mengena dengan pemiutang-pemiutang aku.. heheheheheh..*

9 Comments:

Blogger Purpleheart said...

Saya pun ingat CTOS ni sebahagian dari kerajaan. Cis tertipu rupanya.. ambil keuntungan betul derang ni.

9:00 AM  
Blogger Ezad said...

purpleheart
tu la pasalnyaaaa

9:22 PM  
Blogger mamabear said...

mula2 dgr pasal CTOS ni, tingat keta ATOS (dulu mama pakai atos).. btol la ramai komen kata walo hutang dah byr tapi still iktiraf bangkrap..

9:56 PM  
Blogger Ezad said...

mamabear
kini tak perlu risau. 90% umat melayu dalam ctos tu sepatutnya boleh seret syarikat tu ke mahkamah. tapi, masalahnya, melayu tak tau... (dan tak bersatu)

10:29 PM  
Anonymous Anonymous said...

CTos tidak update data kewangan seseorang peminjam. Bak kata ezad, kalau sekali nama dah tersenarai dalam Ctos, selama-lamanya nama itu ada walaupun hutang tersebut telah dilangsaikan.

10:33 AM  
Anonymous Anonymous said...

CTos tidak update data kewangan seseorang peminjam. Bak kata ezad, kalau sekali nama dah tersenarai dalam Ctos, selama-lamanya nama itu ada walaupun hutang tersebut telah dilangsaikan.

10:33 AM  
Anonymous Anonymous said...

macammana aku bleh terpost 2 kali ni?

10:33 AM  
Blogger Unknown said...

Tiada CTOS hancur semua institusi kewangan. Siapa suruh berhutang dan jadi garantor kepada orang yang ada masalah kewangan. Itulah percaya sangat sampai terkena. Kalau ada masalah pegilah berbincang kepada CTOS. Bank tidak akan bagitau CTOS kalau penghutang sudah langsaikan hutang, individu atau company itu sendiri kena bagitau dan kemaskini kepada CTOS. CTOS boleh!

10:03 AM  
Blogger Ezad said...

juliana
yes!! Ctos boleh.. boleh didakwa :)

8:08 PM  

Post a Comment

<< Home