Saturday, August 27, 2005

Tragedi Pemikiran Melayu

1- Tidak sanggup berubah
2- Perspektif terhad
3- Tidak suka menyiasat
4- Tidak mahu berfikir dengan mendalam
Sebenarnya hikayat melayu : ekonomi & strategi & mindanya canggih. Tapi dikongkong minda oleh penjajah : hasilnya menjadi 2nd. class Penjajah melihat jika melayu terlalu banyak pendidikan jadi seperti orang india akan berdemonstrasi tuntut kemerdekaan. Jadi mereka ajar cerita Pak Pandir & semua serba sedikit. Jadi tidak ada trouble makers.
Hasilnya :
1- Pelajar tidak berani bertanya
2 - Guru tidak tahu menjawab
Selepas merdeka "Melayu" dikongkong untuk gila kuasa dan hendak jadi kaya. Perubahan yang dirancang tidak menjadi kerana orang yang melaksana tidak jujur selain terdapat pengaruh politik.
Margaret Thatcher hendak melayu jadi "A nation of shopkeepers". Kini kita guna istilah "usahawan".
Pendekatan untuk membangunkan orang Melayu dengan hanya wang ringgit & kebendaan tidak betul.
Akhirnya timbul "Ali Baba", "Politik Wang", amanah dijual. Akhirnya kita lihat melayu kini sudah kurang komitmen terhadap bangsanya sendiri.

Sudah tiada kesedaran: bahawa aku orang Melayu, aku mesti berkhidmat kpd orang Melyu, untuk membangunkan orang Melayu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home