Terlalu Banyak Sebab Melayu Gagal
Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung minggu lalu tidak ketinggalan mencipta sejarah. Dan sejarah yang berulang ialah kelantangan suara Pemuda UMNO disebabkan kegagalan orang Melayu mencapai sasaran 30 peratus pegangan ekuiti dalam kek ekonomi negara. Maka terciptalah satu lagi wawasan UMNO iaitu Agenda Nasional Baru (ANB). Di samping itu bergegarlah PWTC dengan sorakan untuk mengembalikan semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB).
DEB adalah istilah taboo bagi bukan Melayu di Malaysia. Sebut saja DEB, pemikiran semua pemimpin bukan Melayu, parti komponen BN mahupun pembangkang, menjadi kabur walaupun kaum mereka tidak pernah rugi daripada dasar itu. Saya percaya ini lebih dipengaruhi oleh perspektif politik daripada keuntungan kaum.
Bagaimanapun, suka saya mengajak semua orang Melayu menyahut seruan Presiden Gerakan, Lim Keng Yaik. Beliau mengesyorkan agar para pemimpin Melayu mengkaji `punca sebenar' kegagalan orang Melayu mencapai 30 peratus ekuiti setelah 35 tahun DEB diguna pakai.
Awang Selamat kata sebenarnya, ini sudah pun dilakukan dan orang Melayu tahu di mana yang tidak betul. UMNO juga kata mereka tahu punca kegagalan Melayu mencapai sasaran. Lupakan saja pendekatan politik Parti Keadilan Rakyat dan Pas walaupun mereka juga kata mereka tahu.
Oleh kerana Melayu telah pun mempunyai ramai bijak pandai, kita boleh beri lebih seratus satu sebab kenapa Melayu gagal. Dari sikap malas dan lemah sehingga kepada kurang pengetahuan, kurang pengalaman, kurang punca kewangan dan tiada jaringan perniagaan.
Mungkin kerana terlalu banyak sebab, kita gagal mencari jalan penyelesaian yang terbaik kerana terpaksa menangani semua alasan yang ditemui.
Sebab saya mengajak orang Melayu memberi perhatian kepada kenyataan Presiden Gerakan adalah kerana beliau mahu kita kaji ``punca sebenar''. Kita perlu jujur dan bertanya diri kita dengan minda yang terbuka dan dada yang lapang, adakah apa yang ``orang Melayu dan UMNO dah tahu'' itu adalah punca sebenar?
Apakah setelah 35 tahun Majlis Amanah Rakyat (Mara) menjadi agensi memartabatkan Melayu, bangsa kita masih kurang pengetahuan. Apakah setelah beribu juta ringgit kerajaan memperuntukan wang untuk membantu usahawan Melayu, kita masih menjadikan kekurangan sumber kewangan sebagai alasan?
Apakah usahawan Melayu masih perlu disediakan unit-unit kedai oleh Mara, pihak berkuasa tempatan dan lain-lain agensi untuk berniaga? Dalam kita bercakap pasal Melayu Glokal, apakah Melayu masih mengalami masalah jaringan perniagaan?
Saya ingin mengajak orang Melayu kembali merenung tangisan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Perhimpunan Agung UMNO lalu. Apakah betul apa yang ditangisi oleh Tun Mahathir sebelum beliau mengundurkan diri bahawa Melayu mudah lupa?
Jangan lupa bahawa mungkin ini merupakan antara faktor utama kenapa Melayu masih gagal untuk mencapai sasaran DEB walaupun setelah 35 tahun berlalu.
Beri pinjaman, lupa hendak bayar. Bagi tempat di IPTA, lupa tentang belajar. Beri kontrak, lupa yang dia kena buat sendiri. Ada peluang, bagi orang sendiri, lupa hendak agihkan kepada orang lain. Beri kekayaan, lupa berjimat. Beri kemewahan, lupa diri. Beri ruang niaga lupa janji mahu berniaga. Beri kuasa, lupa berlaku adil. Beri makan, lupa bersyukur. Berikan masjid, lupa sembahyang. Jangan lupa juga lihat implikasinya.
Dalam konteks Pemuda UMNO, mereka mungkin tidak lupa bahawa DEB telah tamat tempoh pada tahun 1990. Tetapi mungkin mereka lupa bahawa kerajaan telah pun menyediakan satu dasar dan strategi yang berdaya tahan dan berdaya saing dalam Dasar Wawasan Negara yang dilancarkan pada 28 Februari tahun 1991.
Adakah Pemuda UMNO juga lupa bahawa dasar ini telah didokong sendiri oleh UMNO dan majoriti orang Melayu menyokongnya? Apakah Pemuda UMNO lupa atau tidak yakin dengan dasar yang pengarapannya dipimpin oleh UMNO sendiri? Kalau tidak, apa perlunya Agenda Nasional Baru?
Mungkin kita lupa pernyataan Wawasan 2020 ini adalah penegasan semula ke atas isu yang sentiasa diberi dan meminta perhatian utama iaitu pembasmian kemiskinan, keseimbangan sosioekonomi antara kaum, antara wilayah, antara negeri dan antara bandar dan luar bandar.
Dalam konteks ini, Wawasan 2020 sebenarnya telah meminta semua rakyat Malaysia tidak salah tafsir terhadap bantuan yang diberikan kepada sesuatu golongan kaum sebagai tidak adil, sebaliknya menganggapnya sebagai satu usaha bagi memperbaiki ketidakadilan.
Untuk renungan, langkah mengatasi `kebocoran' adalah baik dan perlu disegerakan. Tetapi `kebocoran' bukan sebab utama kegagalan Melayu. Persoalan utama yang perlu dijawab adalah kenapa kebocoran dibiarkan berlaku selama 35 tahun? Kita tidak mahu kerajaan bertungkus lumus menjahit kantung yang bocor tanpa membuang gunting yang berada di dalamnya.

- Kamaruzaman Ujang, Shah Alam, Selangor.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home