Saturday, August 20, 2005

Sejarah

JASIN - Penubuhan Jasin sebagai sebuah penempatan telah bermula sekitar tahun 1918 apabila sebuah penempatan dibina di sepanjang sebuah sungai di Kesang Pajak. Bagaimanapun, satu kebakaran besar beberapa tahun kemudian telah memusnahkan kebanyakan kediaman di kampung tersebut.
Menurut cerita, seorang pendatang Bugis yang bernama Mat Yasin telah membangunkan semula kawasan itu pada tahun 1928. Sebagai menghargai jasanya membangunkan semula kawasan tersebut, pihak British yang memerintah Melaka pada waktu itu telah menamakan kawasan tersebut sebagai Jasin sempena memperingati jasa-jasa Mat Yasin.
MASJID TANAH - Menurut cerita, nama Masjid Tanah (yang terletak kira-kira 30 kilometer dari bandaraya Melaka) diperolehi berikutan wujudnya sebuah masjid tua yang diperbuat dari tanah liat.
Masjid tersebut, yang hanya dikenali di kalangan penduduk tempatan sebagai masjid tanah, terletak di tebing Sungai Baru.
Bagaimanapun, masjid ini bukanlah masjid tanah yang asal, yang mana telah dibina berhampiran dengan sawah padi di mana pasar Masjid Tanah terletak hari ini.
Masjid tersebut dikatakan telah dirobohkan sekitar tahun 1830.
Masjid tersebut telah dibina oleh Tuan Sheikh Imam Maznum, seorang penyebar agama Islam dari Gujerat, India, pada tahun 1730 dengan menggunakan campuran tanah liat dan putih telur. Pembinaan masjid tersebut mengambil masa enam bulan untuk disiapkan.


0 Comments:

Post a Comment

<< Home