Muhasabah Akhir Tahun
Oleh: A. MOHD RAHIMIN SIHAT
TIRAI tahun 2005 akan berlabuh tidak lama lagi. Malaysia banyak mencatatkan kejayaan sepanjang tahun 2005 ini.
Antaranya penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-11 dan Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) sulung dihadiri oleh 10 anggota ASEAN bersama-sama China, Jepun, Korea Selatan, India, Australia dan New Zealand.
Ia ternyata berjaya membentuk pakatan strategik geopolitik dan ekonomi bagi kestabilan dan kemakmuran rantau ini.
Bersempena dengan kedatangan tahun baru 2006 Masihi ini, kita wajar bersama-sama bersyukur ke hadrat Allah s.w.t di atas limpah nikmatnya di sepanjang tahun 2005.
Kita harus memperkuatkan tekad untuk berusaha memperbaiki dan mendapatkan hasil yang lebih baik sejajar dengan matlamat konsep Islam Hadhari yang telah dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Malah, Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w menuntut umatnya agar sentiasa berusaha mencipta pembangunan cemerlang sama ada pembangunan insan mahupun pembangunan fizikal bagi mendapat keredhaan Allah s.w.t.
Melahirkan umat yang cemerlang, gemilang atau terbilang terhasil melalui suatu gagasan `khairul ummah'. Ciri-ciri terbabit terkandung dalam ayat 110 surah al-Imran melalui firmannya :
``Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan pada manusia, menyuruh kepada yang ma'aruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah.''
Kita semua mahukan kecemerlangan, ingin menjadi insan yang cemerlang, memiliki anak, isteri dan keluarga cemerlang, membina dan membentuk masyarakat serta negara cemerlang, gemilang dan terbilang .
Soalnya bagaimana mencapai cita-cita ini?
Adakah kita telah mempunyai perancangan dan adunan yang cukup untuk menjana kecemerlangan?
Sesungguhnya penghasilan kecemerlangan itu hanya dapat ditentukan apabila ada perubahan sikap dalam diri dan cara kita berfikir, bertindak dan bekerja melalui nilai-nilai murni yang telah digariskan oleh Allah dan Rasulnya.
Setiap tahun kita menyambut perayaan tahun baru dengan mengatur pelbagai acara yang menarik dalam suasana yang meriah dengan berkumpul beramai-ramai menghitung detik 12 malam, meraikan dengan bersuka ria kerana telah memasuki tahun baru.
Tetapi kita lalai bahawa sambutan tahun baru yang kita anjurkan pada setiap tahun sebahagiannya tidak selaras dengan kehendak agama Islam, menyimpang dari syariat dan adab kesopanan.
Kita sebagai umat Islam yang mengakui wujudnya hari akhirat yang menjadi tempat persemadian abadi, harus menyedari dan menggunakan peluang hidup di dunia ini dengan sebaik mungkin supaya tidak menghancurkan dan mengecewakan penghidupan kita di akhirat kelak.
Rasulullah mengingatkan kita bahawa `kedua kaki anak Adam itu akan tetap berdiri di hadapan Tuhannya pada hari kiamat sehingga selesai ditanya tentang empat perkara - untuk apa umur dihabiskan, masa dipergunakan, harta diperoleh dari mana dan ke mana ilmunya disalurkan.
Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Imran ayat 185 bermaksud : `` Tiap-tiap yang bernyawa itu akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan terhadap kamu. Ketika itu, sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan ingatlah, kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesaran tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya''.
Demikian hakikat sebenar apa yang dinamakan kehidupan dunia tetapi sayangnya ramai penghuni bumi ini yang terpesona lalu rebah tersungkur di dalamnya dan mereka terpaksa kembali ke alam akhirat dalam keadaan menyesal dan penuh kekotoran dosa.
Kita sebagai umat Islam yang mendapat petunjuk daripada al-Quran dan sunah harus bijak meniti pentas dunia ini dan perlu mengetahui rahsia serta nikmat yang ada di dalamnya supaya dengan itu kita tidak termasuk ke dalam golongan orang yang rugi dan berbuat zalim kepada diri sendiri.
Umat Islam tidak dihalang menikmati segala kemudahan dan nikmat yang disediakan Allah didunia ini, namun mereka dilarang keras menyalahgunakan nikmat dan kemudahan itu lebih-lebih lagi untuk memuaskan hawa nafsu semata-mata.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : ``Sesungguhnya sesuatu yang kami jadikan di muka bumi ini adalah dijadikan perhiasan dunia untuk kami menguji siapa di antara mereka yang lebih baik amalannya''.
Ini bermakna setiap indah di pandang mata, enak dirasa, merdu didengar dan sebagainya yang ada di dunia ini adalah perhiasan semata-mata yang padanya mengandungi ujian Allah s.w.t.
Justeru, sesiapa yang terpesona kepadanya tentu akan lalai sehingga akan melewati batas-batas larangan Allah dan di akhirat kelak termasuklah mereka ke dalam golongan orang-orang yang rugi.
Sebaliknya, orang yang tahu menggunakan dengan tidak melampaui batas larangan Allah akan beroleh keuntungan yang lebih kerana mereka berjaya mencapai nikmat kemudahan di dunia sementara di akhirat mereka akan mendapat pahala yang berganda-ganda.
Untuk itu, marilah kita bersama-sama berganding bahu dan bekerjasama agar sambutan tahun baru kita pada tahun ini dapat disambut dengan cara yang lebih baik dan sempurna.
Pihak kerajaan sama ada melalui pihak berkuasa tempatan atau agensinya, badan-badan berkanun, badan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya boleh merancang dan mengadakan program atau aktiviti yang berbentuk ilmiah seperti forum, diskusi, seminar, ceramah dan sebagainya.
Bagi setiap individu kita perlu mempertingkat amal ibadat sesuai dengan penghijrahan tahun baru, yang bererti umur kita semakin bertambah menuntut kematangan dalam berfikir dan juga umur kita makin berkurang dan semakin dekat kembali menghadap Allah.
Kekuatan umat Islam di Malaysia belum cukup kuat dan boleh dipecahbelahkan. Umat Islam harus sedar musuh Islam dan harus bijak membaca langkah serta ancaman mereka dengan kaca mata keimanan dan ketakwaan.
Gejala keruntuhan moral sebenarnya bukan dialami oleh umat Islam di negara kita sahaja, tetapi merupakan gejala dan fenomena menyeluruh yang menjangkiti keseluruhan masyarakat Islam di seluruh dunia.
Sebab itulah setelah dunia Islam mengalami keruntuhan tamadunnya, maka keseluruhan dunia Islam jatuh ke bawah tanpa dapat mengangkat kepalanya lagi.
Yang tinggal dan dapat dibangga-bangga pun hanyalah ketamadunan dan kecemerlangan Islam yang telah berlalu di dalam lipatan sejarah.
Kerana itu, sempena kita menyambut tahun baru 2006 ini, marilah sama-sama kita awasi setiap gerak geri kita di dunia ini agar tidak tersesat ke jalan yang tidak diredhai Allah s.w.t.
Dalam mengatur langkah menuju ke hadapan, janganlah kita lupa menghitung sebanyak mana modal yang telah kita kumpulkan untuk bekalan di akhirat kelak.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud : `` Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.''

0 Comments:
Post a Comment
<< Home