Friday, April 11, 2008

Ahli Keluarga Baru

Bismillah...
Sebetulnya semalam aku nak cerita pasal ahli keluarga baru kami. Tapi entah macam mana, tersasar pulak topiknya semalam.
Aku nak cerita pasal kucing. Pagi-pagi semalam, kucing kami beranak lagi. Tapi dalam keadaan yang menyayat hati.
Comoi biasanya akan di keluarkan pada waktu malam. Tapi kadang-kadang dia akan tidur dalam rumah. Terutamanya jika waktu hujan. Tapi semalam dia tidur luar. Pagi-pagi aku dah terdengar dia mengiau kat pintu depan rumah. Di samping tu aku terdengar juga bunyi anak kucing. Tapi rasa macam jauh. Aku tak kisah la sangat. Tapi kejap tu aku dengar suara anak kucing lagi. Kali ni lebih dekat. Makanya aku pun bangkit la dari tidur. Buka pintu depan, tengok bulu Comoi dah berdarah-darah. Cari kat mana anaknya. Tak der kat situ. Buka pintu dapur, aku nampak seekor anak kucing dah dihurung semut. Masih bernyawa. Aku ambil, lalu masukkan dalam kotak.
Kemudian, masa aku nak pergi kerja, lebih kurang jam 7 pagi, aku terpandang seekor lagi anak kucing hampir-hampir kat kereta aku. Mak aku ambil, lalu diletakkan dalam kotak. So ada 2 ekor kesemuanya. Kami letakkan kotak itu di bawah kolong di bawah rumah kami. Tak tau bagaimana keadaannya sekarang. Tapi rasa-rasanya sihat kot anak-anak kucing tu. Sesekali terdengar dia menjerit.
Walaubagaimanapun, aku rasa macam nak nangis je tengok anak-anak kucing dalam keadaan masa mula-mula aku nampak mereka.
Kini kucing kami ada 9 ekor kesemuanya.. :)
**Bagaimana kerasnya hati manusia yang sanggup membuang anak?**

7 Comments:

Blogger achik said...

wah.. banyaknya kuceng.. :D

10:34 PM  
Blogger s * h * i * m * a * h * z said...

bestnye... nama dia comoi ae.. nama kuceng shima cimot n comot.. kuarge cimot comot ni dah berkembang.. sume ade 22 ekor.. hehe.. meriah gitu

10:33 PM  
Blogger Ezad said...

achik
er..dah tambah lagi 2 ni.. jadi 11.. kekek

shimahz
lagi la banyak. mesti meriah time kenduri tu (makan)

6:32 PM  
Blogger Ted said...

ntahla..tu pun ted tumpang pelik gak..kucing ted kalau nak beranak mesti kene ada ted br dia nak beranak..

ya allah, rindunya ngan kucing.

9:19 PM  
Blogger arsaili said...

itu la..anak kucing lagi di sayang ini kan anak sendiri

12:51 PM  
Blogger wan said...

suka lah nama kucing ko zad. comoi.
mesti comel n kiut.

ko ni, ada tokoh bapa mithali. bila lagi nak langsung nya weh?

4:23 PM  
Blogger Ezad said...

ted
tak pe ted.. kucing kan ada di seluruh dunia.. :)

arsaili
ha ah. tp masih ada yg tak menhargai rezeki dari ilahi

wan
kisahnya, dulu, comoi ni ada adik. kami namakannya comel (jantan). tapi dah lari :(

comoi sekarang sungguh comot :D

eh.. baru tau ke aku ada tokoh babpa mithali? kekeke.. ada calon nak rekemen? :D

8:19 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home