Contemporary
Bismillah
Semalam, pukul 6 petang, CEO panggil semua designer masuk bilik dia untuk meeting. Masa awal-awal meeting kami sembang-sembang mengenai rekabentuk terkini. Kemudian terpacul perkataan 'contemporary' dari mulut CEO. Dia tanya salah seorang designer, maksud contemporary. Dia tak boleh jawab. CEO tanya bos kita orang, sambil tersengih, dia kata tak faham maksud sebenar. Ceh!!! Macam bagus je boss aku ni, tapi rupanya tidak bagus :P
CEO suruh boss aku cari kamus. Dia bawa 2 buah kamus English-English.
Setelah dapat makna, sekali lagi CEO tanya, apa itu contemporary. Jawapan mereka moden.
Ye, itulah contemporary... modern, kata CEO
Tapi aku bantah.
Moden bagi aku adalah sesuatu yang bermaksud masa hadapan. Kita bina KLIA yang moden untuk tampung pengguna yang lebih ramai di masa hadapan. Moden tak mengikut style semasa tetapi mengikut keperluan masa hadapan.
Tapi contemporary adalah mengikut keadaan semasa, terkini. Bermaksud, tidak moden tapi style nya adalah mengikut kehendak dan minat masa kini.
CEO kata betul juga, tapi dia mahu guna contemporary untuk moden. OK, fine!
Kemudian, CEO mahukan para designer mengaplikasikan 4'S dalam setiap rekabentuk masing-masing.
Design Concept - 4's
1- Safety
2- Saving
3- Style
4- Services
Dan meeting hanya berakhir jam 730 malam.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home