Thursday, October 09, 2008

Edisi Mengadu - Duka Lara

Bismillah...
Sejak kebelakangan ni, perkhidmatan streamyx makin teruk. Punya payah nak sambung, bila dah dapat sambung, 5 minit lepas tu putus. Hari tu aku dah call tm, dan seperti biasa kaedahnya adalah shut down pc, off modem, off suis, kemudian tunggu sehingga 15 saat, kemudian try sambung semula. Memang la boleh, tapinya sekejap je la. Kemudian buat hal balik.
Hal ini menyebabkan aku makin berasap. Dah la call tm tu, kena dengar iklan yang entah apa-apa. Tak ada kaitan langsung dengan hidup aku.
Sudahnya, tadi aku call tm lagi. Aku tanya kenapa streamyx ni makin teruk. Kali ni, dia suruh aku set up gateway. Tapi lepas set up tadi, sangkut gak 2-3 kali. Lepas ni tak tau la. Kalau ada masalah gak... hmmm
tukar operator laaa....


..................

Nota untuk Pak Lah
Hak tuan utk buat keputusan. Kami menyanjung tinggi budimu tuan. Walaupun kebanyakan rakyat dari bangsamu sendiri yang menolak kepimpinan tuan, kami percaya, tuan adalah pemimpin berjiwa besar. Sanggup berundur demi negara. Tak seperti seorang dua umat manusia (dari bangsa tuan sendiri), majoriti dari kami tak pilih dia pun tapi dok sibuk canang dia bakal pemimpin kami. Tak boleh ikut lubang depan, dia ikut lubang belakang...
Terima kasih Dato' Seri. Jasamu tetap dikenang
Ok... mari fikirkan tema baru untuk blog ini.... Mac tahun depan, blog ini genap berusia 4 tahun.. :), insyaallah

3 Comments:

Blogger LediAgli said...

eheh.. tu lah..
ai pon tak pilih pintu belakang untuk pemimpin.. geli yeww.. ycuks yuckss... harap di jaohkan dari pemimpin pintu belakang.

aku guna meksis hensem je.. on IRC pon tak penah lagging.. dc 9 jam sekali kot.. tak pon 38 jam sekali.. wakkakaka

11:25 AM  
Blogger Ted said...

erm, ted paham cemana bengang ngan TM ni. Selalu memang gaduh la ngan operator.N biasanya operator pompuan lembab sket..i prefer lelaki, lelaki sabar skit.hehe

1:43 PM  
Blogger Ezad said...

ledi
best la maxis tu ye..

ted
tu la... tp hari tu operator pompuan yg selesaikan masalah kami:D

9:58 PM  

Post a Comment

<< Home