Friday, January 02, 2009

2:10

Bismillah

Selepas dua hari penguatkuasaan tali pinggang keledar di belakang, dikhabarkan berlaku tragedi yang mengorbankan 10 nyawa di Gua Musang.

Apa masalahnya?

Adakah kerana akta ini masih belum cukup berkesan untuk menyelamatkan nyawa pengguna jalan raya di Malaysia? (Betul, masih terlalu awal untuk menilai)
Jadi, akta apa lagi akan dibuat selepas ini?

'MEWAJIBKAN PENGGUNAAN TOPI KELEDAR KAPADA SEMUA PEMANDU DAN PENUMPANG KERETA, VAN, BAS DAN LORI'

'MEWAJIBKAN PEMASANGAN PENGGERA KELAJUAN KEPADA SEMUA KENDERAAN'

'MEWAJIBKAN PEMASANGAN LAMPU WALAUPUN PADA WAKTU SIANG TERHADAP SEMUA KENDERAAN'

Mampukah akta-akta ini menyelamatkan nyawa mereka?
Pada aku, semuanya berbalik kepada soal sikap. Kalau sikap pengguna jalan raya di Malaysia ini berterusan seperti beruk dapat bunga, buat la macama-macam akta sekali pun. tragedi akan terus berulang.

Sebelum pihak berkuasa hendak terus mencipta akta, mereka seharusnya memikirkan dahulu beberapa perkara ini:-

- Berapa ramai pemandu yang mempunyai waran tangkap atas kesalahan lalulintas, masih bebas menggunakan jalan raya? Dah terbunuh, baru nak umum mereka ada waran tangkap adalah budaya orang kerja tak pakai otak. Sewajarnya lesen mereka ini dibatalkan SERTA MERTA & SEUMUR HIDUP.
- Berbaloikah anda 'tangkap dan lepas atas jaminan' ke atas mat-mat rempit, yang mana mereka masih terus berlumba tanpa menghiraukan keselamatan orang lain? - Batalkan saja lesen mereka SERTA MERTA & SEUMUR HIDUP. Tak perlu penjara, sebab kalau penjara pun, rakyat tetap kena 'tanggung makan' mereka ini.
- Apa tindakan anda terhadap penunggang/pembonceng motosikal yang tidak memakai topi keledar dan jaket keselamatan? Akta yang mewajibkan mereka memakai topi keledar sudah lama diwujudkan, tapi adakah anda sedar, masih ramai pengguna yang tidak mematuhinya. Begitu juga dengan penggunaan tali pinggang keledar dihadapan. Masih ramai yang hanya akan 'tarik selt belt hanya apabila ada roadblock di hadapan'. Kenapa penguatkuasaan akta ini tidak diperhebatkan?
- Apa tindakan anda terhadap pengguna yang menyebabkan kemalangan maut? Tunggu hari bicara, dan sementara tunggu harinya (yang semestinya mengambil masa bertahun-tahun), maka mereka masih bebas menggunakan jalanraya. Sebabnya, mereka belum didapati bersalah selagi mahkamah belum mensabitkan kesalahan mereka, kan? Sewajarnya lesen mereka dibatalkan SERTA MERTA & SEUMUR HIDUP ketika hari kejadian lagi! Tak payah tunggu bicara.

Ini semua adalah sebab sikap kita. Pengguna jalanraya tidak mahu mematuhi peraturan jalanraya, pihak penguatkuasa pula hanya menjalankan tugas sekadar menunggu hujung bulan untuk terima gaji dan pihak penggubal undang-undang pula hanya mewuujudkan akta itu, akta ini, tapi perlaksanaan seperti melepaskan batuk di tangga.

Sudahnya, rakyat akan terus berhadapan dengan bahaya ketika di jalan raya ketika pihak berkuasa hanya pandai membuat akta.

Apa ni? Rakyat Malaysia tak der disiplin ke?

8 Comments:

Blogger LediAgli said...

saya cadangkan kerajaan buat lrt root instead of jalan raya.. so kereta lori semua kita hapus.. pakai rel punya kenderaan je

9:55 PM  
Blogger Ezad said...

ledi
baguih tu..

tp nanti masalah lain lak timbul. proton, produa & naza tutup kedai la.
tu hak sapa?

hak org kita jugaaaaa

9:05 PM  
Anonymous Anonymous said...

apa segala pn yang kerajaan lancarkan...alih2 semuanya akan berbalik pada diri kita jugak...sikap kita...

he...da leh tgk tvantara com...

carik video anjung info...he3...

8:43 PM  
Blogger Ezad said...

emma..

waaaa... media Pakatan Rakyat.. kekeke

8:47 PM  
Blogger shafarina said...

Masalah kita ni sivik. Kat sekolah, belajar sivik sebab tak beragama islam. Itupun setakat hormat orang tua, jangan buang sampah.

Kat obersi, nilai agama takde tapi sivik di tempat tertinggi.

Kita, ada islam tapi entah ke mana hilang siviknya.

11:33 PM  
Blogger zeanaaima said...

tu la pasal...media pakatan...

xpe...kerje mesti pro...

kerje...kerje r...

xsemestinye we must follow kn ?

ki3....

9:40 AM  
Blogger Aku Bukan Bidadari said...

tiara pakai tali pinggang dok kat belakang rasa mcm org bodoh jer.. tapi bile kenangkan kalo kena saman mahal woh.. so pakai tp tak ikhlas.. hi hi hi

kesimpulannya.. yg baik kena ikut.. tapi ajal maut ditagnan tuhan.. siapalah kita utk menghalang,..

12:51 PM  
Blogger Ezad said...

mak fahim
maka, lepas ni, wajibkan semua pelajar islam ambik pendidikan moral

emma
tak pe la... rezeki tu

aku bukan bidadri
kalau dok depan, dah macam org pandai la pulak, kan?

betul, tp kadang2 tu banyak ajaran yang baik yg dulu2 tu pun tak amal, buat ajaran baik yg baru la pulak

celaru tau:D

11:05 PM  

Post a Comment

<< Home