Tuesday, March 31, 2009

Islam Menganjurkan Kebersihan?

Bismillah

Dalam perjalanan ke pejabat pagi tadi, aku singgah disalah sebuah masjid untuk melepaskan hajat. Heh!! Banyak sangat minum air agaknya, tu yang terkucil tu.

Tapi apa yang mendukacitakan adalah keadaan tandas majisd tersebut... masyaallah, kembang tekak aku. Tak sanggup nak masuk. Berkerak! Disebabkan darurat, aku memilih untuk masuk ke tandas wanita, yang mana, rupanya lebih baik sedikit berbanding tandas lelaki. Tapi, kalau ikut hati aku, dua-dua tu aku reject! Teruk!

Soalnya sekarang, itu tandas di masjid. Kalau kat tempat awam tu aku tak kisah sangat. Ni tempat beribadat pun tandas macam tu rupa. Ini ke imej masjid, tempat yang mana agamanya menganjurkan kebersihan?

Sebagai umat Islam, rohani dan jasmani kena bersih. Nak bersih dua-dua, keadaan sekeliling kena bersih...

Renung-renungkan, dan selamat beramal

4 Comments:

Blogger Purpleheart said...

Memang gitu kan keadaan tandas kat masjid atau surau, jarang tengok yang bersih, kalau ada pun 1 dalam 10 buah..

nape ye?

11:33 AM  
Blogger Ezad said...

purple
tapi kenapa jadi begitu?

9:41 PM  
Blogger kuIna said...

dh jd kebiasan skarang..
islam tdk diamalkn sepenuhnya...

..>. sy prnh singgh guna tandas kat sebuah gereja..edisi trpksa.. terkjuz.. sgt bersih.

3:27 PM  
Blogger Ezad said...

kuina
bukan kebiasaan, tapi dah jadi amalan.

asal tandas org islam je.. mesti kotor

10:15 PM  

Post a Comment

<< Home