Friday, April 03, 2009

Terima Kasih Pak Lah, Tahniah Najib

Bismillah..

Pak Lah

Terima kasih diucapkan di atas sumbangan tuan terhadap negara ini. Walaupun hanya 5 tahun sebagai Perdana Menteri, sumbangan tuan amatlah besar dan amat-amat dihargai.
Semoga persaraan tuan, akan memberi lebih ruang untuk tuan berehat bersama keluarga tercinta. Kami berdoa agar tuan senantiasa diberkati Allah dan bahagia selamanya.

Jasamu akan terus bersemi di sini. Terima kasih Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi




Datuk Seri Najib

Tahniah atas perlantikan tuan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6. Semoga perlantikan ini akan memberi lebih keinsafan kepada tuan terhadap tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada negara. Setelah para perwakilan memilih saf dalam parti, untuk bekerja bersama tuan, kini masanya untuk tuan memilih ahli-ahli kabinet yang boleh bekerja untuk rakyat.

Semoga di bawah kepimpinan tuan, negara akan lebih makmur dan lebih berjaya. Di doakan agar tuan sentiasa mendapat petunjuk dari Allah.

Satukanlah Malaysia ini...
...........

Aku tetap menyokong kepimpinan negara ini.

2 Comments:

Blogger LediAgli said...

yer.. aku pon sokong..

p/s:sambil lap aer mata pak lah blah..

1:07 AM  
Blogger Ezad said...

ledi
hidup tok najib!

9:51 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home