Sunday, June 28, 2009

Jangan Ikut Etika Syaitan

Petikan dari Mingguan Malaysia

SEPERTI diduga, apabila Mufti Perak, TAN SRI HARUSSANI ZAKARIA mengeluarkan kenyataan mengkritik gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam, beliau telah menerima kecaman yang hebat.

Pandangan Harussani tidak lagi dilihat sebagai pendapat seorang ulama yang harus dihormati tetapi beliau dikecam dan dituduh sebagai menyokong UMNO. Segalanya berlaku apabila Harussani menyuarakan kekesalan berikutan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan Pas dan UMNO. Beliau diserang habis-habisan di dalam blog-blog tetapi beliau tidak peduli semua itu.

‘‘Saya bercakap yang hak (benar), dalam Islam mengeratkan silaturahim antara saudara Islam adalah wajib, jadi saya hairan daripada rujukan mana sesetengah pihak itu ambil sehingga sanggup mencela saudara seagama,” katanya dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR dan MOHD. RADZI MOHD ZIN di pejabatnya di Ipoh, Perak.

Walaupun sekali sekala dalam berhujah, Harussani menyelitkan kata-kata gurauan namun nada beliau sentiasa serius apabila menekankan soal perpaduan Melayu dan umat Islam. Bagi Harussani, masa depan golongan itu dalam semua bidang termasuklah politik akan berhadapan dengan bahaya, jika mereka terus berpecah belah.

Harussani juga kecewa kerana ada sesetengah ahli politik begitu mudah mengeluarkan hujah yang mengelirukan dan mencela sesama Islam. Oleh itu beliau mengingatkan dalam apa pun perkara berkaitan hubungan sesama Islam, jangan sesekali mengikut etika syaitan.


......................


Aku hanya ambil mukadimah sahaja. Paling penting, ianya datang dari seorang mufti. Bukan seorang ahli politik. Tapi setiap kenyataannya yang tidak berpihak kepada pihak sana, ianya akan dipolitikkan. Seperti biasa, beliau akan dituduh sebagai boneka pihak sini.

Kalau kenyataan beliau berpihak kepada pihak sana... maka nadanya pasti berbeza.


Kesian Melayu, ulama yang tolak perpaduan disokong, ulama yg menyatakan yang hak dicaci maki.


Islam jenis apa ni?


.....................


Ada orang suruh aku buat entry pasal MJ.

Sorry la geng, aku tak minat hiburan. Aku tak ada ilmu pasal MJ. Apa sangat la MJ tu. Aku rasa tak perlu la banyak sangat pasal MJ.

3 Comments:

Blogger Purpleheart said...

Kesian ulamak sekarang, tak ada lagi rasa hormat pada mereka..

Elok juga kau tak buat entry pasal mj, sebab tak guna pun kita nak lebihkan pada hiburan dan artis.

12:49 PM  
Blogger Diary of my now said...

cara untuk melemahkan satu kaum itu ialah dengan memecah belahkan supaya mereka bergaduh sesama sendiri...
ahli politik akan buat apa saja termasuk mengamalkan etika syaitan untuk kepentingan diri sendiri, untuk apa mereka perdulikan ulama~?? untuk apa perdulikan agama~???
ps: org islam skrang dan berfikir macam orang kafir. waullahualam...

3:04 PM  
Blogger Ezad said...

purple
apa boleh buat. org kita tak kenal kaca dgn permata

kuncop
org islam kena fikir mcm org kafir.. betul

tapi realitinya, org islam ramai ikut budaya kafir

10:59 PM  

Post a Comment

<< Home