Saturday, May 21, 2005

Info Menarik di Melaka

1. Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah Negeri Berbudaya adalah negeri yang paling banyak mempunyai muzium iaitu sebanyak 14 muzium di bawah pentadbiran Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan ini tidak termasuk beberapa Muzium swasta seperti Muzium Baba dan Nyonya serta Muzium Jed.

2. Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah Negeri Berbudaya adalah negeri yang ketiga kecil di Malaysia selepas Perlis dan Pulau Pinang, tetapi Negeri yang paling banyak mempunyai masjid iaitu sebanyak 174 buah masjid,.

3. Muzium Baba & Nyonya di Jalan Jonker Street pada asalnya dimiliki oleh seorang petani Cina yang dibina pada kurun ke-19.

4. Kawasan Kampung Balai Panjang pernah menjadi tempat persinggahan peniaga dari Alor Gajah untuk melepaskan penat lelah mereka di situ selepas membawa barangan perniagaan di Melaka untuk dipasarkan.

5. Hang Tuah Mall di Jalan Hang Tuah yang menjadi mercu tanda negeri ini menelan belanja sebanyak RM8.8 juta dengan laluan siar kaki sepanjang 1.5 kilometer. Ia dilengkapi dengan kawasan riadah serba moden, restoran makanan segera, medan menjamu selera, landskap serta hiasan lampu neon yang amat menarik. Ia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada 3 oktober 2002.

6. Terdapat sebuah makam Pembesar Melaka di zaman Kesultanan Melayu Melaka di Kampung Melaka Pindah.

7. Stadium Kubu yang telah memberi banyak sumbangan dalam bidang sukan di negeri ini telah diwakafkan untuk pembangunan sukan di negeri ini di mana pembinaan tempat duduk utamanya telah dibina pada 21 Ogos 1954. Stadium Kubu telah ditukar nama kepada Stadium Hang Tuah oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada 31 Ogos 2001.

8. Akademi Laut Malaysia (ALAM) yang ditubuhkan bagi melatih anak tempatan dan luar mengenai alam maritim terletak di kawasan seluas 30 hektar di Kuala Linggi. Ia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada 15 Ogos 1981.

9.Air Pancutan Victoria Regina yang terletak berhampiran bangunan Stadthuys di Jalan Kota, Bandar Hilir telah dibina pada tahun 1904. Pembinaan air pancut yang dihiasi dengan batu marmar itu adalah bagi memperingati Permaisuri Victoria Regina (1837-1901).

10. Tapak Hotel Equatorial di Bandar Hilir pada asalanya merupakan tapak bangunan The Malacca Rest House yang telah didirikan oleh British pada tahun 1912.

11. Balai Bomba Melaka yang pertama terletak di Banda Kaba berhadapan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah. Bangunan itu kini menempatkan Jabatna Pertahanan Awam (JPA3) Melaka.

12. Laksamana Cheng Ho dari negara China di zaman Dinasti Ming merupakan seorang penganut agama Islam yang pernah datang ke Melaka sebanyak 5 kali pada kurun ke-15.

13.Batu yang terdapat di dalam Bukit St Paul, Bandar Hilir telah membuktikan bahawa kehadiran dan pemerintahan Belanda di Melaka dari tahun 1641-1796 dan 1818 - 1824.

14. Melaka Raya Walk telah di rasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tepat pada detik jam 12 malam 31 Ogos 2001.

15. Buku Sejarah Melayu atau Salalatus-Salatin yang dikarang oleh Tun Seri Lanang telah diiktiraf sebagai Warisan Dokumentari Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Turut diiktiraf ialah Hikayat Hang Tuah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home