Bicara Tengahari Bersama VGM
Bismillah..
Hari ni, aku bagi hint kat VGM merangkap boss aku. Ketika kami adakan mesyuarat berhubung kursus untuk Inventor, VGM mengesyorkan nama aku & senior. Aku tolak tawaran tu walaupun aku nak sangat mendalami Inventor ni. Buat masa ni, main tenyeh-tenyeh gitu je. So berlaku banyak masalah. So boss nak hantar training bagi meningkatkan keupayaan dan skil kita orang. Tapi aku tarik diri sebab aku bagitau VGM, aku ada rancangan lain. Nak bagi peluang kat junior supaya dia lebih dihargai di situ. VGM rasa pelik, then mintak penjelasan. Tapi aku kata, aku nak bincang kemudian.
Kol 12 VGM panggil aku mengadap dia. Dengan wajah yang sedih dia mintak aku explain. So aku terangkanlah segala2nya. Seperti biasa, sebagai seorang yang dikenali sebagai paling bijak pusing2 cerita, boss aku ceritalah pelbagai cabaran yang dihadapi sebagai peniaga ni. Aku dengar aje. Hampir sejam setengah aku kat dalam bilik dia tu. Dengar segala pengalaman dia. Dalam pada dia bercerita, dia buka 1 cerita:-
Saya pernah bagi kawan RM36,000.00 untuk berniaga. Tapi tak jalan. Saya rugi RM36,000.00 mcam tu aje....
Dan sebagai manusia yang sukar diramal (ada member cakap aku sukar diramal) aku cakap:-
Saya tak tak tau orang lain, tapi kalau saya lah, saya tak bagi orang RM36,000.00 pada orang untuk jalankan perniagaan saya. Tapi saya akan jalankan perniagaan itu sendiri. Samada dia berjaya atau tidak, itu perkara nombor 2. Perkara paling utama, adalah kita berpuashati dengan apa yang kita usahakan. Kalau perniagaan kita berjaya kerana orang lain, sedikit sebanyak, kita tak akan rasa gembira. Sebabnya, ia bukan dari hasil titik peluh kita maaaa.....
Dan VGM terkedu dengan kata2 ni. Akhirnya, bicara kami berakhir dengan wajah VGM kembali sedih.
Walaupun aku selalu memerangkap VGM pada minit2 akhir, aku rasa yang ni yang paling best.. hehehehehe
4 Comments:
wow.so firm!
smoga berjaya!:)
tak la firm sgt.. sikit je tu.. ingat nak bagi sipi je.. ter KO plak VGM tuh...kekeke
Hihi:)
Post a Comment
<< Home