Warkah Untuk CM
Assalamualaikum
Kehadapan CM yang dikasihi. Terlebih dahulu, saya memohon maaf sekiranya warkah ini mengganggu rutin harian CM yang sangat sibuk. Saya faham, jawatan yang CM sandang amat berat demi memelihara kepentingan rakyat jelata. Di samping itu, tugas-tugas parti juga perlu diuruskan. Oleh yang demikian, warkah ini tidaklah terlalu panjang, dan diharap CM dapat meluangkan masa untuk membacanya.
Saya sekadar ingin meminta jasa baik CM supaya menangani isu babi yang hangat diperkatakan kini. Amatlah memalukan kami umat Melayu di bumi sekecil ini mempunyai ladang babi yang terbesar di Asia Tenggara. Apatah lagi, ladang haram itu letaknya diperkampungan yang rata-ratanya beragama Islam. Ketika diwawancara, CM wajah CM 'agak serba-salah'. Saya berharap agar CM atau mana-mana pegawai tidak melindungi kegiatan ini demi mengisi kantong sendiri.
Memang benar, isunya bukan soal kaum dan agama, tapi soal alam sekitar. Tapi sedikit sebanyak, terpalit juga kesucian agama dan maruah bangsa kami.
Sebagai rakyat, saya berbangga bumi sekecil ini bakal mempunyai sebuah kompleks bowling yang terbesar di negara ini. Namun, rekod itu tidak mampu menandingi ladang babi itu. TERBESAR DI ASIA TENGGARA????
Kami mohon CM menyelesaikan isu ini. Umat Melayu kini dilenyek-lenyek bagai mentimun dek sang durian. Mana kuasa umat bangsa Melayu? Di mana perginya slogan cintai alam sekitar?
Jika CM tinggal di situ, mampukan CM menghidu bau babi itu sepanjang masa? MAMPUKAH?
Tepuk dada, tanyalah selera. Itupun jika berselera la. Saya tengok dalam tv pun dah jijik....
Yang Benar
Rakyat Bumi CM
10
6 Comments:
iksh
kebetulan aku baru perasan ada kasut aku beli kat indon kulit babi
baru perasan tadi
yg syok
label prada pulak tu
haishhh
babe
kena samak tuh... najis mughalazah
"Tepuk dada, tanyalah selera. Itupun jika berselera la. Saya tengok dalam tv pun dah jijik...."
hehehe...lawak le ayat nih...
Kenapa khinzir ni haram? sebab binatang ni paling kotor sekali kerana memakan najis sendiri, dan juga ada cicang pita yang susah hendak dimatikan. Orang yang menternak bukan pedulik bau busuk ke penyakit ke, janji dia masyukk..
sedih kerana negara kita hanya Islam pada hanya nama ..
she-blocks
ayat tak lawak cam ne? :)
purpleheart
hmm.. tau kisah babi pada zaman nabi noh?
yatie
islam hadhari lagi.. :)
Post a Comment
<< Home